Empat Gol Marlon Lonjak Tentera Teratas Liga Perdana

Leave a Comment


EMPAT gol Marlon Alex James melonjak Tentera ke tangga teratas Liga Perdana selepas pasukan kendalian B Sathianathan itu membaham MBJB FC 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, petang semalam.

Bagaimanapun Tentera terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk memecah kebuntuan menerusi Zaquan Adha Abd Radzak yang membuka jaringan tiga minit selepas rehat selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Marlon yang menjadi wira Tentera ketika menewaskan NS Betaria FC 2-0 pada perlawanan pertama lalu, sekali lagi membuktikan kehebatannya di depan gawang dengan menambah jaringan pada minit ke-62 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-71 dan 72 dan gol terakhir pada minit ke-87.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: