Catherine Isteri Putera William Mulakan Tugas Diraja

Leave a Comment


Isteri Putera William, Catherine dilantik menjadi penaung kepada beberapa siri badan amal kerana aktif mewakili Diraja Britain dalam tempoh kurang setahun usia perkahwinan mereka, kata Pegawai Istana St James.

Catherine, yang genap berusia 30 tahun Isnin lalu, menjadi penaung kepada Galeri Potret Kebangsaan Britain, Badan Amal Tindakan dan Ketagihan Dadah, Hospis Kanak-kanak Timur Anglia dan Badan Amal Bilik Seni.

Beliau juga menjadi sukarelawan bersama Persatuan Pengakap dan akan menyertai beberepa aktiviti kelab itu secara persendirian terutama di utara Wales di mana suaminya, William ditempatkan sebagai Tentera Udara Diraja dan penyelamat juruterbang.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: