Adizero F50 Kasut Bola Sepak Pintar Pertama

Leave a Comment
adizero F50

Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.

Kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

Peranti 'miCoach' yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: