23,901 isi rumah Sibu terima BR1M

Leave a Comment


Sebanyak 23,901 isi rumah di lima kawasan Dewan Undangan Negeri di sini akan menerima sejumlah RM11.9 juta melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Sri Wong Soon Koh. 

Kawasan berkenaan ialah Bawang Assan, Bukit Assek, Dudong, Pelawan dan Nangka.


Penyampaian baucar tunai BR1M akan dibuat dalam tiga fasa dan penerima perlu bersabar kerana urusan itu baru saja bermula.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: