Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia

Leave a Comment

Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Read More

Norman, Memey Bebas Tuduhan Khalwat

Leave a Comment
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, pagi ini melepas dan membebaskan pelakon, Norman Hakim dan tunangnya, Memey daripada tuduhan berkhalwat tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Salehan Yatim.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Sumber : Berita Harian
Read More

TV AlHijrah bersiaran 24 jam

Leave a Comment
Stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah, akan bersiaran selama 24 jam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda, berkata siaran pada Isnin hingga Khamis pula bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 pagi.
Beliau berkata, penambahan waktu siaran itu menjanjikan rancangan menarik termasuk pengisian mantap sepanjang Ramadan bagi membolehkan lebih ramai penonton menikmati rancangan yang terbaik.

"Sempena Ramadan ini, TV AlHijrah akan menampilkan slot berkonsepkan Ramadan yang boleh mengajak penonton untuk beribadah," katanya pada satu persidangan media di sini, hari ini.

Menurutnya, antara rancangan menarik ialah Muhasabah Ramadan, Taddarus Al-Quran, Ramadan di Australia, Fattabiouni dan Resipi Umi. Bukhari berkata, penjadualan rancangan televisyen itu dibuat dalam pelbagai genre selaras dengan slogan yang ditampilkan iaitu "Ramadan Satu Perjuangan". Walaupun baru berusia tujuh bulan, TV AlHijrah menyiarkan 70 peratus terbitan tempatan dan bakinya adalah terbitan luar. - BERNAMA
Read More

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

Leave a Comment
Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling,Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. -Bernama
Read More

Guna GPS Jejak Suami Curang

Leave a Comment
Sebuah Mahkamah New Jersey memberi kebenaran kepada seorang wanita menggunakan alat Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk menjejaki suaminya yang curang.

Akhbar Korean Herald melaporkan wanita berkenaan mengupah penyiasat persendirian mengekori suaminya untuk mengetahui sama ada beliau mempunyai hubungan sulit.
Bagaimanapun apabila suaminya, Kenneth Villanova, sering berjaya mengelakkan diri daripada diekori penyiasat, beliau disuruh untuk meletakkan alat pengesan itu di kenderaan suaminya, kata Forbes yang memetik laporan tempatan.

Dua minggu selepas pemasangan alat berkenaan, kereta Villanova didapati berada di tepi lebuh raya dengan wanita lain di dalam kereta itu. – Agensi
Read More

Jawatan Kosong di Yayasan Selangor

Leave a Comment
Jawatan : Pengawal Keselamatan
Bilangan Keperluan : 1 Orang
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempat Bertugas : Asrama Toh Puan Norashikin
Gred Jawatan : R1

Gaji Asas : RM647.00

2. Syarat Lantikan :

  • Mempunyai sekurang-kurang Darjah Enam atau yang setaraf dengannya oleh kerajaan ; DAN
  • Umur melebihi 30 tahun keatas

Pengalaman:

  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang berkaitan tidak kurang daripada 1 tahun atau pesara Polis/Tentera.

  • Cara memohon
  • Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan perjawatan, didapati di Bahagian Sumber Manusia dan dilaman Web www.yayasanselangor.org.my (klik disini)
  • Semua permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SIJIL-SIJIL yang berkaitan dan telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
  • Tarikh tutup permohonan jawatan ialah 15 Julai 2011.
Read More

Jawatan Kosong Pentadbiran Kerajaan N.Sembilan

Leave a Comment
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus bagi memenuhi jawatan berikut:-

Jawatan:PEGAWAI KHIDMAT MASYARAKAT
Jumlah Kekosongan:Tiga Puluh Enam (36)
Taraf Jawatan:KONTRAK
Bayaran Perkhidmatan:RM 1200.00 – RM 2300.00 (sebulan)


Cara Memohon:-
a)Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pin.7/91 yang boleh didapati di Laman Informasi, Tingkat G, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban.
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

Y.B. Setiausaha KerajaanPejabat Setiausaha KerajaanNegeri Sembilan Darul KhususTingkat 5, Blok A, Wisma Negeri70503 SEREMBAN.(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 JULAI 2011. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Read More