Korban E.coli Meningkat

Leave a Comment
Korban wabak bakteria pembunuh, E.coli terus meningkat dan angka terbaru menunjukkan empat orang maut di Jerman, menjadikan keseluruhan angka kematian kini 47 orang.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Jerman, semua mangsa menghidap bakteri 'enterohaemorrhagic E. coli (EHEC)' adalah berasal dari Jerman kecuali seorang iaitu wanita dari Sweden yang baru balik dari Jerman.
Wabak berkenaan yang dikatakan berpunca dari sayur-sayuran organik di utara Jerman kini menyebabkan 3,800 orang penghidap yang merebak ke 16 negara dengan 850 pesakit dilaporkan serius.

Sumber : Berita Harian
Read More

Jepun Rugi RM639 bilion Akibat Tsunami

Leave a Comment

Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu memusnahkan bangunan serta infrastruktur bernilai 16.9 trilion yen (RM639 bilion), lapor kerajaan hari ini.

Jumlah tersebut tidak termasuk kos kerosakan akibat kemalangan loji nuklear Fukushima yang terjadi selepas berlaku bencana tersebut.

Anggaran yang dibuat oleh pejabat Kabinet itu juga tidak termasuk kos-kos lain seperti bayaran ganti rugi bagi mangsa bencana dan orang yang dipindahkan.

Ia meliputi kerosakan struktur ke atas loji nuklear Fukushima Daiichi dan kemudahan nuklear yang lain, tetapi tidak termasuk kos akibat kebocoran radiasi seperti kesan ke atas pertanian, perikanan dan pelancongan.

Bencana di timur laut Jepun itu yang menyebabkan seramai 23,000 orang terkorban atau hilang, memusnahkan rumah, kedai, bangunan pejabat dan kilang yang dianggarkan bernilai 10.4 trilion yen (RM393 bilion).

Kesan terhadap kerosakan sistem air, gas, tenaga elektrik dan rangkaian telekomunikasi pula dianggarkan bernilai 1.3 trilion yen (RM49 bilion).

Kerosakan infrastruktur lain termasuk sungai, jalan raya, pelabuhan, sistem pembetungan, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan dianggarkan bernilai 5.2 trilion yen (RM197 bilion).

Anggaran itu jauh melebihi jumlah kerosakan akibat gempa bumi Hanshin berjumlah 9.6 trilion yen (RM363 juta) yang memusnahkan pelabuhan Kobe dan turut mengorbankan sehingga 6,400 nyawa.

Sumber : Utusan

Read More

Malaysia Tumpaskan Lubnan 2-1

Leave a Comment
Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012 selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.
Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Namun pada masa separuh kedua Lubnan mendapat gol menerusi Chandi Atie pada minit ke-61 selepas Malaysia terpaksa bermain 10 pemain apabila Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah kira-kira 10 minit sebelum itu.
Read More

Lukisan Picasso dijual AS$22 juta

Leave a Comment
Lukisan Pablo Picasso yang diserahkan kepada University of Sydney oleh seorang penderma yang tidak dikenali dari Amerika Syarikat (AS) dijual pada harga 13.5 juta Pound (AS$22 juta) di London C.

Lukisan 1935 yang dikenali “Jeune fille endormie” itu didermakan kepada universiti terbabit, tahun lalu dengan syarat keuntungan penjualannya digunakan bagi tujuan kajian saintifik.
Pihak universiti itu mengesahkan yang wang hasil jualan lukisan itu akan digunakan untuk kajian terhadap obesiti, kencing manis dan penyakit kardiovaskular.

Lelongan lukisan yang dilakukan di Rumah Lelong Christie, Selasa lalu, memaparkan lakaran kekasih Picasso, Marie-Therese Walter.

Sumber : Berita Harian
Read More

Pelarasan Harga Astro Belum Muktamad

Leave a Comment
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sedang berbincang dengan pihak stesen televisyen berbayar Astro berhubung hasrat syarikat itu melakukan beberapa pelarasan harga kepada pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang, berkata penyelarasan harga yang diumumkan oleh pihak syarikat televisyen berbayar itu baru-baru ini, masih belum muktamad.
"Kementerian memang sentiasa memantau dan berunding dengan Astro. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penyelarasan harga yang telah diberitakan belum muktamad.

"Pada masa kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berunding, meneliti dan menganalisa apakah hajat Astro untuk naikkan harga ini wajar atau tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad meminta supaya kementerian memantau langkah Astro untuk mengenakan bayaran yang agak tinggi terhadap pakej-pakej yang ditawarkan demi kepentingan rakyat.

Sementara itu, Joseph berkata bagi mana-mana perkhidmatan televisyen berbayar termasuk Astro, penetapan kos langganan adalah berdasarkan kos yang ditanggung dalam menyediakan perkhidmatan termasuklah kos pemerolehan dan pembelian kandungan dan hak penyiaran dari pihak ketiga.

Katanya, ini adalah selaras dengan prinsip mengenai penetapan kadar yang diperuntukkan di bawah Seksyen 198, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Oleh itu, setiap kenaikan harga dianalisa oleh pihak SKMM bagi memastikan ianya adalah tindakan yang wajar dan munasabah berasaskan kos dan tidak hanya bermotifkan keuntungan semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan pemantauan SKMM didapati Astro tidak menayangkan terlalu banyak iklan komersil, malah secara purata masa iklan yang digunakan oleh Astro hanyalah 19 hingga 20 peratus atau 46-50 minit daripada 240 minit masa yang dibenarkan untuk mereka menyiarkan iklan komersil dalam sehari.

Katanya, kerajaan tidak menghalang penyiaran iklan di Astro mengikut syarat lesen yang membenarkannya menyiarkan iklan komersil tidak lebih daripada 10 minit bagi setiap jam di setiap saluran.

"Kebanyakan iklan di saluran Astro adalah berbentuk promosi saluran-saluran atau rancangan-rancangan Astro lain.

"Ini tidak dianggap sebagai iklan komersial kerana masa penyiaran tersebut tidak memberi pulangan kepada Astro," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerjaan turut menetapkan syarat lesen Astro untuk menyiarkan Pengumuman Khidmat Awam (Public Service Announcement-PSA) selama satu minit setiap jam siaran di 10 saluran.

Sumber : Berita Harian
Read More

Diskaun 10 sen Pesan Teh Tarik Kurang Manis

Leave a Comment
Sebelas restoran di sekitar Kuantan dan Pekan menyahut seruan kerajaan dengan menyertai kempen "Kurang Gula, Kurang Belanja" bagi mengajak dan mendidik orang ramai mengamalkan cara hidup sihat.

Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, kempen yang dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Mei lalu itu, dijangka disertai lebih banyak lagi restoran di seluruh Pahang.
"Kempen itu akan diperluaskan ke restoran lain di negeri ini minggu depan dan kita harap pengusaha restoran akan menjayakannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di Restoran Taj di sini hari ini.

Alwi berkata, kempen itu membolehkan pengguna menikmati diskaun 10 sen daripada restoran terbabit sekiranya mereka meminta kandungan gula dikurangkan dalam minuman yang dipesan.
Read More