William dapat gelaran Duke of Cambridge

Leave a Comment

Putera William diiktiraf sebagai Duke of Cambridge pada hari perkahwinannya, semalam oleh Ratu Elizabeth II dan Kate Middleton pula mendapat gelaran Duchess of Cambridge sebaik mereka berkahwin, kata sumber Istana Buckingham.

“Ratu Elizabeth hari ini (semalam) mengurniakan gelaran duke kepada Putera William. Gelarannya adalah Duke of Cambridge, Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus,” kata sumber istana. “Putera William menjadi Duke of Cambridge dan Catherine Middleton, Duchess of Cambridge,” katanya lagi.

Sumber : Harian Metro

Read More

Tiada Lagi Misbun Sidek

Leave a Comment

Penamat gembira yang diharapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) daripada kemelut berpanjangan melibatkan Datuk Misbun Sidek bagaimanapun berakhir dengan kejutan, apabila jurulatih itu menolak tawaran kontrak baru sebagai jurulatih kebangsaan biarpun telah membatalkan keputusan meletak jawatan pada awal bulan ini.

Penolakan tersebut dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh kelmarin tanpa menyatakan alasan di sebalik keputusan itu, namun dipercayai, skop tugas baru yang ditawarkan BAM kepada Misbun antara yang mendorongnya untuk tidak kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.

Dalam tawaran baru yang dicadangkan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM (C&T) pada pertengahan bulan lalu, Misbun tidak lagi akan melatih anak emasnya iaitu jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, sebaliknya diberi cabaran menaikkan sekumpulan pemain-pemain pelapis, termasuk anaknya sendiri, Misbun Ramdan Misbun.

Jurulatih berpengalaman itu turut diberi sasaran melahirkan pemain untuk Sukan Asia 2014 dan Sukan Olimpik 2016, selain ditawar gaji yang lebih baik berbanding sebelumnya: "Gaji baru itu mengambil kira kenaikan harga minyak," ujar Timbalan Presiden BAM, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat exco di Bukit Kiara, semalam.

Menurut Tengku Kamil, beliau tidak dapat menjelaskan faktor yang mendorong Misbun menolak tawaran BAM kerana jurulatih tersebut langsung tidak membincangkannya dalam surat yang diberi kepada Presiden.

"Namun mengakui ia agak mengejutkan kerana jurulatih itu sendiri yang bertindak membatalkan peletakan jawatan pada awal bulan ini, dan keputusan itu telah diterima majlis BAM.

"Beliau hanya kata menolak tetapi tidak cakap mengapa, jadi kami tidak tahu sebabnya.

"Secara peribadi, ia agak mengejutkan exco kerana pada kami kehadirannya mampu membantu menaikkan pemain muda dan melahirkan pengganti Lee Chong Wei.

"Misbun sudah lama dalam skuad kebangsan, dan dengan adanya beliau, kami boleh sama-sama membangunkan badminton.

"Namun, kami menghormati dan menerima keputusan beliau, malah kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan besar yang telah diberi kepada negara sepanjang di BAM,'' kata Tengku Kamil lagi. Misbun gagal dihubungi untuk mengulas mengenai keputusannya.

Setiausaha BAM, Ng Chin Chai, yang juga pengerusi C&T berkata, badan badminton negara itu tidak bercadang untuk mencari jurulatih baru bagi mengisi peranan yang pada awalnya ditawarkan kepada Misbun, sebaliknya akan kekal dengan struktur sedia ada.

Bagaimanapun beliau tetap akan membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat C&T akan datang kerana barisan jurulatih kebangsaan yang lain mungkin mempunyai pandangan berbeza.

"Ketika ini, saya tidak nampak keperluan untuk mencari jurulatih baru kerana kita boleh meneruskan program sedia ada, tetapi memandangkan keputusan Misbun baru diketahui hari ini, mungkin jurulatih lain mempunyai pandangan mereka dalam hal ini,'' kata Chin Chai.

Sumber : Utusan Malaysia

Read More

Pelanggan Jepun Beratur Dapatkan iPad 2

Leave a Comment
Ratusan peminat produk Apple di Jepun mula beratur sejak awal pagi bagi tidak melepaskan peluang mendapatkan tablet versi terbarunya, iPad 2, selepas ia mula dijual hari ini.

Jualan iPad 2 di Jepun lewat sebulan daripada tempoh yang dirancang sebelum ini, susulan kejadian gempa dan tsunami yang melanda negara itu, 11 Mac lalu.

Produk iPad 2 dijadualkan berada di pasaran Jepun pada 25 Mac lalu selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat pada 11 Mac 2011.
Di Tokyo, pelanggan mula menunggu dari awal pagi di luar kedai jualan utama Apple di Ginza dan kawasan beli belah Shibuya.

Bagi pasaran di Malaysia, Hong Kong, India, Israel, Macau, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), iPad 2 dijangka dijual esok. - AFP

Sumber : Berita Harian
Read More

Chong Wei Menang Pusingan Pertama Terbuka India

Leave a Comment
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain India, Ajay Jayaram dengan 21-19, 21-18 pada perlawanan pusingan pertama Yonex-Sunrise Terbuka India Superseries 2011 di Kompleks Sukan Siri Fort Sports, di sini, sebentar tadi.

Sumber : Berita Harian
Read More

Gempa Kecil di Timor Timur

Leave a Comment
Gempa bumi kecil dicatatkan pada kedalaman 1 kilometer (km) di Timor Timur, awal pagi tadi, menurut laporan Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

USGS berkata, ia yang dicatatkan pada pusat gempa bermagnitud 5.6, dikesan pada jam 5.43 pagi (waktu tempatan), iaitu 45 km selatan ibu kota Dili. - AFP
Read More

Harga Minyak RON95 Tiada Cadangan Untuk Dinaikkan

1 comment

Kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.90 seliter dan belum bercadang untuk menaikannya, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim meminta rakyat mengetepikan khabar angin mengenai kenaikan bahan api itu.

"Setakat saya menjawab ini belum ada lagi keputusan untuk menaikkan harga RON95. Jadi khabar-khabar itu kita ketepikan dan Yang Berhormat semua boleh maklumkan (kepada rakyat) setakat ini kerajaan masih mengekalkan harga sedia ada,” katanya menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang yang ingin tahu apakah benar kerajaan akan menaikkan harga RON95 serta kenapa perlu dinaikkan sedangkan rakyat beranggapan kenaikan harga minyak mentah dunia di pasaran antarabangsa mendatangkan keuntungan kepada negara, dan sekiranya harga perlu dinaikkan apakah mekanisme untuk kerajaan menerangkan alasan itu kepada rakyat. - Bernama

Read More

Loji Nuklear Fukushima Semakin Stabil

Leave a Comment
Perdana Menteri Jepan, Naoto Kan berkata loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak dilanda tsunami dan gempa bumi kini semakin stabil dengan jumlah radiasi yang bocor semakin berkurangan.

“Reaktor nukluar Fukushima Daiichi semakin stabil dan ia menunjukkan perubahan baik," katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan stesen televisyen, hari ini.

Beliau berkata, paras radioaktif yang tersebar juga menunjukkan penurunan. - AFP
Read More

Gempa Bumi 5.8 Magnitud Gegar Indonesia

Leave a Comment

Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 pada skala Richter berlaku di Pantai Indonesia tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 18 kilometer pada pukul 9.01 malam (10.01 malam waktu tempatan) sekitar 190 kilometer dari Sibolga, Pulau Sumatera, Indonesia, ujar Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang terletak di Hawaai mengatakan tiada amaran atau makluman yang dikeluarkan setakat ini. - AFP

Read More

Inter Milan Resah Pertahanan Goyah

Leave a Comment

Inter Milan berharap dapat memperbaiki bahagian pertahanan mereka apabila menjadi tuan rumah kepada Schalke 04 pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di San Siro, hari ini.

Kerapuhan benteng pertahanan merupakan satu aspek yang ketara ketika kalah 0-3 dalam pertembungan derby Serie A kepada AC Milan, Sabtu lalu.

Selain daripada melepaskan tiga gol, Inter mampu memberikan tentangan menerusi serangan balas ke kubu Milan.

Ia merupakan musim yang sukar buat bahagian pertahanan Inter yang kehilangan pertahanan tengah Walter Samuel, yang cedera ligamen lutut sejak awal musim lagi.

Samuel dan pemain Brazil, Lucio merupakan asas kepada kejayaan treble Inter musim lalu.

Lucio juga tidak dapat membantu Milan kerana digantung perlawanan namun pemain itu yang dijangka diturunkan semula apabila menentang kelab Jerman itu hari ini, pastinya menjadi suntikan semangat buat Inter.

Selain itu, jurulatih Leonardo percaya Andrea Ranocchia, yang menyertai kelab itu dari Genoa Januari lalu sebagai pembantu kepada Samuel, mempunyai potensi untuk kekal lama di peringkat kelab dan skuad kebangsaan.

"Ranocchia telah melakukan segala-galanya dengan baik tahun ini, dia mengorak langkah sejak Januari lalu.

"Dia mempunyai masa depan yang cerah di Inter dan pasukan kebangsaan Itali. Perlawanan menentang Milan merupakan ujian terhadap kematangannya dan dia melakukannya dengan baik,'' kata Leonardo.

Sementara itu, Schalke juga kian bersemangat dengan jurulatihnya Ralf Rangnick berazam untuk membenam lawan mereka.

"Dengan prestasi kami ketika ini, kami boleh mempamerkan permainan berkualiti di padang sendiri atau padang lawan,'' katanya.

Cuma Schalke berdepan sedikit masalah kecederaan pemain pertahanan Christoph Metzelder yang patah hidung ketika perlawanan Bundesliga menentang St. Pauli pada Jumaat lalu. - AFP

Read More

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular

Leave a Comment
Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi.

Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.
Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, 75, sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang perfileman tanah air selama hampir 60 tahun.

Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.

Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-24 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Edisi kali ini ditaja Celcom Axiata Bhd sebagai penaja utama.

Sumber : Berita Harian
Read More