Cardiff Bina Semangat Safiq Rahim


Safiq Rahim yang telah pun menjalani latihan selama seminggu lebih telah dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan yang diterapkan oleh skuad Cardiff.

Safiq berlatih dengan penuh bersemangat bersama-sama skuad utama kelab tersebut yang membariskan pemain seperti Kenny Miller dan Robert Earnshaw walaupun suhu di sana mencecah 3 darjah selsius.

Beliau tidak mempunyai masalah dalam hubungan bersama-sama pemain lain dan reaksi positif yang telah pun ditunjukkan oleh beliau telah menggembirakan penyokong pasukan bola sepak tempatan.

Safiq mesti mempunyai kemahiran, kecergasan, dan mental yang cekal untuk bersaing dengan pemain-pemain di Eropah.
Tag : Sport
0 Komentar untuk "Cardiff Bina Semangat Safiq Rahim"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top