Baddrol Bakhtiar Kekal Bersama Kedah

Leave a Comment


Tonggak utama Kedah, Baddrol Bakhtiar akan kekal bersama pasukan itu musim depan walaupun dilaporkan menerima tawaran daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya FC.

Baddrol, 23, berkata, tawaran seumpama itu sememangnya dinantikan kerana mahu menimba pengalaman baru dan meningkatkan mutu permainannya, namun beliau masih mempunyai kontrak setahun bersama skuad Kenari.

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: