Safiq Rahim Berlepas ke Cardiff City


Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim akan berlepas ke Cardiff esok untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu dengan kelab Cardiff City.

"Ia adalah peluang yang ditunggu-tunggu. Ini adalah peluang terbaik saya untuk menunjukkan skil bola sepak saya. Saya tahu ia adalah sukar tetapi tiada apa yang mustahil. 


"Sudah sampai masanya bagi kita untuk menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain bola sepak yang berbakat," kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Cardiff City 1Malaysia hari ini. 

Safiq, yang merupakan kapten pasukan Malaysia ketika menentang Arsenal dan Liverpool, berkata apa jua keputusannya, beliau berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawanan ujian percubaan di Cardiff itu nanti dan meningkatkan prestasi permainannya ke tahap lebih tinggi.

Sumber : Harian Metro

Tag : Sport
0 Komentar untuk "Safiq Rahim Berlepas ke Cardiff City"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top