4,000 Kampung WiFi Akan Diwujudkan

Leave a Comment


Kira-kira 4,000 kampung WiFi dijangka diwujudkan di seluruh negara pada akhir tahun depan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata kini terdapat hanya 1,400 kampung WiFi di Perlis, Sabah dan Sarawak. 

"Kita juga dalam proses untuk membina menara elektronik di Sabah dan Sarawak, dengan itu hasrat kita untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah komuniti Internet adalah boleh. 

"Pada masa yang sama, kita akan beri peluang untuk usahawan kecil dan sederhana mendaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi dalam talian bagi menjalankan projek ini" katanya pada sesi soal jawab selepas pelancaran Dapatkan Perniagaan Dalam Talian Malaysia anjuran Google Malaysia di sini hari ini.




Beliau berkata purata kos projek ini bagi setiap kampung ialah kira-kira RM25,000 hingga RM32,000.



Rais berkata kampung itu akan disediakan dengan sistem perkomputeran biasa dengan kemudahan jalur lebar percuma untuk tiga bulan pertama dan selepas itu dikenakan bayaran minimum RM10 sebulan. 

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: