Turki larang lelaki tetapi benarkan wanita dan kanak-kanak tonton bola sepak


Turki membuat perubahan radikal bagi membanteras keganasan dalam perlawanan bola sepak apabila melarang kemasukan penyokong lelaki dan hanya membenarkan wanita serta kanak-kanak menyaksikan aksi.


Berdasarkan peraturan baru yang diluluskan Persatuan Bola sepak Turki, hanya wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan secara percuma membabitkan pasukan yang dihukum atas perangai buruk penyokong mereka.


Fenerbahce mengedar kira-kira 27,000 tiket percuma kepada wanita dan kanak-kanak bagi menyaksikan perlawanan kelab itu menentang Manisaspor di Istanbul.
Tag : Sport
0 Komentar untuk "Turki larang lelaki tetapi benarkan wanita dan kanak-kanak tonton bola sepak"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top