Korea Selatan duduki tempat teratas kelajuan muat turun internet

Leave a Comment

Korea Selatan menduduki tempat teratas dalam senarai kelajuan muat turun internet dunia diikuti Romania, Bulgaria, Lithuania dan Latvia, menurut kajian yang diumumkan, hari ini. 

Amerika Syarikat pula berada di tangga ke-26 dalam analisis berkaitan penyambungan internet seluruh dunia yang dikendalikan Pando Networks.
Purata kelajuan muat turun di Korea Selatan ialah 2,202 kilobait per saat (KBps), manakala Romania (1,909 KBps), Bulgaria (1,611 KBps), Lithuania (1,462 KBps) dan Latvia (1,377 KBps) melengkapkan senarai lima teratas.
Japan pula dengan 1,364 KBps, dikuti Sweden (1,234 KBps), Ukraine (1,190 KBps), Denmark (1,020 KBps) dan Hong Kong (992 KBps). 

Purata muat turun paling perlahan dicatatkan ialah di Republik Congo iaitu 13 KBps, diikuti Republik Afrika Tengah 14 KBps dan Comoros dengan 23 KBps.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: