TV AlHijrah bersiaran 24 jam

Leave a Comment
Stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah, akan bersiaran selama 24 jam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda, berkata siaran pada Isnin hingga Khamis pula bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 pagi.
Beliau berkata, penambahan waktu siaran itu menjanjikan rancangan menarik termasuk pengisian mantap sepanjang Ramadan bagi membolehkan lebih ramai penonton menikmati rancangan yang terbaik.

"Sempena Ramadan ini, TV AlHijrah akan menampilkan slot berkonsepkan Ramadan yang boleh mengajak penonton untuk beribadah," katanya pada satu persidangan media di sini, hari ini.

Menurutnya, antara rancangan menarik ialah Muhasabah Ramadan, Taddarus Al-Quran, Ramadan di Australia, Fattabiouni dan Resipi Umi. Bukhari berkata, penjadualan rancangan televisyen itu dibuat dalam pelbagai genre selaras dengan slogan yang ditampilkan iaitu "Ramadan Satu Perjuangan". Walaupun baru berusia tujuh bulan, TV AlHijrah menyiarkan 70 peratus terbitan tempatan dan bakinya adalah terbitan luar. - BERNAMA
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: