Lukisan Picasso dijual AS$22 juta

Leave a Comment
Lukisan Pablo Picasso yang diserahkan kepada University of Sydney oleh seorang penderma yang tidak dikenali dari Amerika Syarikat (AS) dijual pada harga 13.5 juta Pound (AS$22 juta) di London C.

Lukisan 1935 yang dikenali “Jeune fille endormie” itu didermakan kepada universiti terbabit, tahun lalu dengan syarat keuntungan penjualannya digunakan bagi tujuan kajian saintifik.
Pihak universiti itu mengesahkan yang wang hasil jualan lukisan itu akan digunakan untuk kajian terhadap obesiti, kencing manis dan penyakit kardiovaskular.

Lelongan lukisan yang dilakukan di Rumah Lelong Christie, Selasa lalu, memaparkan lakaran kekasih Picasso, Marie-Therese Walter.

Sumber : Berita Harian
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: