Pelanggan Jepun Beratur Dapatkan iPad 2

Leave a Comment
Ratusan peminat produk Apple di Jepun mula beratur sejak awal pagi bagi tidak melepaskan peluang mendapatkan tablet versi terbarunya, iPad 2, selepas ia mula dijual hari ini.

Jualan iPad 2 di Jepun lewat sebulan daripada tempoh yang dirancang sebelum ini, susulan kejadian gempa dan tsunami yang melanda negara itu, 11 Mac lalu.

Produk iPad 2 dijadualkan berada di pasaran Jepun pada 25 Mac lalu selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat pada 11 Mac 2011.
Di Tokyo, pelanggan mula menunggu dari awal pagi di luar kedai jualan utama Apple di Ginza dan kawasan beli belah Shibuya.

Bagi pasaran di Malaysia, Hong Kong, India, Israel, Macau, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), iPad 2 dijangka dijual esok. - AFP

Sumber : Berita Harian
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: