Harga Minyak RON95 Tiada Cadangan Untuk Dinaikkan

1 comment

Kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.90 seliter dan belum bercadang untuk menaikannya, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim meminta rakyat mengetepikan khabar angin mengenai kenaikan bahan api itu.

"Setakat saya menjawab ini belum ada lagi keputusan untuk menaikkan harga RON95. Jadi khabar-khabar itu kita ketepikan dan Yang Berhormat semua boleh maklumkan (kepada rakyat) setakat ini kerajaan masih mengekalkan harga sedia ada,” katanya menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang yang ingin tahu apakah benar kerajaan akan menaikkan harga RON95 serta kenapa perlu dinaikkan sedangkan rakyat beranggapan kenaikan harga minyak mentah dunia di pasaran antarabangsa mendatangkan keuntungan kepada negara, dan sekiranya harga perlu dinaikkan apakah mekanisme untuk kerajaan menerangkan alasan itu kepada rakyat. - Bernama

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

izzanis said...

oh yeke.. baik.. :)