Rio Ferdinand Rasa Terhina

Leave a Comment

Rio Ferdinand sekali lagi ditinggalkan dalam kebingungan dan rasa terhina oleh sikap pengurus England, Fabio Capello kelmarin.

Ferdinand menjangkakan Capello dan pembantunya, Franco Baldini akan bertemu dengannya untuk memberitahu bahawa dia dilucutkan sebagai kapten bagi mengembalikan lilitan ketua pasukan kepada John Terry.

Namun, Capello dan Baldini tidak langsung berusaha mencari Ferdinand di Old Trafford, menyebabkan tonggak pertahanan Manchester United itu kebingungan, buntu dan seperti orang yang patah hati.

Sumber rapat Ferdinand berkata: "Rio tidak mendapat petunjuk apa yang sebenarnya berlaku.

"Capello memberitahu pemberita bahawa Terry akan mengambil alih tugas kapten, namun dia tidak mempunyai keberanian untuk bersemuka dengan Rio dan memberitahunya secara peribadi.

"Sebenarnya, Rio langsung tidak tahu menahu yang dia dilucutkan daripada jawatan kapten kerana tidak dimaklumkan oleh sesiapa termasuk FA (Persatuan Bola Sepak England).

"Adalah memalukan seorang pemain yang komited bersama England dilayan sedemikian rupa. Dia langsung tidak dihormati."

Capello dan Baldini dilihat berada di tempat duduk orang kenamaan sewaktu perlawanan Liga Juara-juara United menentang Marseille, pada ketika Ferdinand - yang tidak beraksi akibat kecederaan duduk di bahagian bertentangan.

Rio turut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakan-rakan sepasukan England yang menyuarakan rasa simpati terhadapnya dan merasakan dia tidak patut dilayan seperti itu. - AGENSI

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: