Messi dan Mourinho terima bayaran termahal

Lionel Messi dan Jose Mourinho dinamakan sebagai pemain dan pengurus yang menerima pendapatan tertinggi dalam sukan bola sepak, menurut kaji selidik majalah France Football.

Messi, pemain Terbaik Dunia dua kali yang beraksi bersama Barcelona itu memperoleh 31 juta Euro hasil gaji dan perjanjian publisiti pada 2011.

Mourinho pula yang kini membimbing Real Madrid menjadi pengurus paling tinggi pendapatannya mencecah 13.5 juta Euro.

Pendapatan Messi bagaimanapun masih jauh jika dibandingkan dengan bintang golf, Tiger Woods yang menerima pendapatan 53 juta Euro, sekali gus menjadikannya ahli sukan yang menerima pendapatan termahal di dunia.

Pesaing terdekat Messi dalam sukan bola sepak ialah seorang lagi bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan pendapatan 27.5 juta Euro, diikuti pemain Manchester United, Wayne Rooney di tempat ketiga dengan 20.7 juta Euro.

Bersama Mourinho di kedudukan teratas ialah pengurus Barcelona, Pep Guardiola (10.5 juta Euro) dan bekas jurulatih Inter Milan, Raphael Benitez (10.2 juta Euro).

Tempat keempat ialah pengurus England, Fabio Capello dengan gaji 8.5 juta Euro. - AFP
Tag : Sport
0 Komentar untuk "Messi dan Mourinho terima bayaran termahal"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top