Mari Berjumpa Mari Berhubung Bersama Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan memulakan sesi “Mari Berjumpa, Mari Berhubung” di Sarawak pada 19 Mac ini, menjemput rakan Facebook beliau untuk satu perjumpaan khas di sini.

Perdana Menteri berkata, mereka boleh mendaftar di http://bit.ly/1MMBMB untuk peluang mendapat jemputan ke majlis itu.

"Tidak sabar untuk mengunjungi Kuching pada 19 Mac ini, lebih-lebih lagi perjumpaan sesi Mari Berjumpa, Mari Berhubung saya yang pertama akan diadakan di sana,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Dalam sesi Mari Berjumpa, Mari Berhubung, Najib dijadual melakukan tinjauan mesra di kampung, beramah mesra dengan penduduk setempat ketika melawat Serian, 65 km dari sini serta Kampung Semera di Sadong Jaya dalam bahagian Samarahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman akan turut melawat Sarawak pada hari yang sama. — Bernama

Tag : Public
0 Komentar untuk "Mari Berjumpa Mari Berhubung Bersama Perdana Menteri"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top