Cesc Fabregas Cedera Lagi

Cesc Fabregas terlepas aksi Piala FA menentang Manchester United esok. Ketua pasukan Gunners itu mengalami satu lagi kecederaan pelipat lutut ketika pasukan itu kalah kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.

Fabregas berkata: "Kira-kira 15 minit selepas permainan bersambung, saya rasa sakit di bahagian belakang dan ketika itu saya sedar harapan untuk terus bermain sudah berakhir,''.

Pemain tengah Sepanyol berusia 23 tahun itu akan menjalani ujian imbasan untuk mengetahui tahap kecederaannya itu.

Dia juga tidak beraksi pada perlawanan akhir Piala Liga dan seri dengan Sunderland di tempat sendiri selepas mengalami masalah kecederaan paha yang dialaminya ketika menentang Stoke.

Lebih memburukkan keadaaan buat bos Arsenal, Arsene Wenger ialah Thomas Vermaelen juga mungkin tidak dapat beraksi pada baki perlawanan musim ini.

Pemain pertahanan tengah dari Belgium itu menjalani pembedahan pergelangan kaki pada Januari lalu dan dijangka boleh beraksi pada bulan ini.

Namun kata Vermaelen: "Saya tidak tahu bila dapat beraksi. Apa yang pasti ia bukan bulan ini. Saya belum dapat menjalani latihan. Ia tempoh panjang yang sukar buat saya." - Agensi

Tag : Sport
0 Komentar untuk "Cesc Fabregas Cedera Lagi"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top