AirAsia Lancar Penerbangan KL-Palembang

Leave a Comment

AirAsia telah melancarkan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Palembang, yang mana Palembang ialah destinasinya yang ke-13 ke Indonesia.

Berkuat kuasa hari ini, syarikat penerbangan itu akan mengadakan penerbangan setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan tambang rendah ini menawarkan tambang satu hala serendah RM79 untuk laluan itu, mulai sekarang hingga 20 Mac dan perjalanan antara 4 Mei dan 30 Jun, 2011.

"Destinasi Palembang mengukuhkan lagi rangkaian laluan kami, terutamanya di Indonesia di mana AirAsia telah berkembang pesat,” kata Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan.

Daripada 13 destinasi di Indonesia, lima di Sumatera iaitu Palembang, Banda Aceh, Medan, Pekan Baru dan Padang. - Bernama

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: