Agihan ASM 6.38 Sen Seunit

1 comment

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.38 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM757 juta, berbanding RM652 juta yang dibayar pada tahun lalu.

“Sehingga 15 Mac 2011, tabung ASM memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM909 juta dengan RM407 juta daripadanya merupakan keuntungan daripada penjualan saham.

“Pendapatan dividen daripada pelaburan pula menyumbang sebanyak RM361 juta dan selebihnya sebanyak RM141 juta diperoleh melalui pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASM di sini semalam.

Sumber : Kosmo

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

kendra said...

Cari bermacam-macam informasi terkini berkaitan dengan teknologi, perisian, komputer, pelaburan, kenderaan, peralatan mudah-alih dan segalanya di http://kendrabing.com

Anda juga boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan hasil penulisan di blog anda di Kendra Bing tanpa had asalkan terma dan syarat dipatuhi.

* Buatan Malaysia untuk orang Malaysia.