Penjaga Gol Merajuk Keluar Padang Selepas Bersalah Menyebabkan Gol

Leave a Comment
Read More

494,493 Calon Menduduki Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Leave a Comment
Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini sehingga Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata, daripada jumlah itu, 373,190 adalah calon sekolah kebangsaan, 96,166 dari sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C)) dan 16,965 dari SJK Tamil.

Turut menduduki UPSR hari ini ialah 8,163 calon Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu dan sembilan pelajar dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.

Di KUANTAN, seramai 26,936 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR di seluruh negeri termasuk 81 calon daripada golongan kelainan upaya.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif ketika ditemui pemberita selepas meninjau Sek Keb Permatang Badak di sini berkata, beliau berharap jumlah pelajar yang lulus dalam semua subjek pada kali ini akan meningkat berbanding 68.39 peratus tahun lepas.


Di Kuala Terengganu, seramai 23,533 murid Tahun Enam menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 buah sekolah di seluruh negeri, kata Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau yakin sasaran Terengganu untuk mencapai 20 peratus A dalam semua mata pelajaran akan tercapai.

Ia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang mencatatkan 29 peratus pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, katanya. - Bernama
Read More

Kenderaan Berat Dilarang Guna Jalan Raya 8, 9, 18, 19 Sept

Leave a Comment
Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak pada 8, 9, 18 dan 19 September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hasan berkata, larangan itu dikuatkuasakan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk pulang ke destinasi masing-masing sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Perkara ini kita telah maklumkan kepada pengusaha kenderaan berat dan kita harap mendapat kerjasama yang baik daripada mereka,” katanya pada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Sikap ke-22 di Terminal 1 di sini, hari ini.

Katanya, kenderaan barangan yang dilarang menggunakan jalan raya pada hari tersebut ialah lori balak, lori pengangkut bahan binaan seperti simen, besi, keluli, batu, pasir dan tanah.

Katanya, turut dilarang menggunakan jalan raya dalam tempoh tersebut ialah lori pembancuh simen dan jentera berat seperti kren dan trak pelantar.

Bagaimanapun, beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut bagi lori kontena atau kargo yang membawa barangan elektronik dan elektrik dibenar beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam. – Bernama
Read More