Ratusan Ikan Muncul Di Tepi Pantai

1 comment
Ratusan ikan yang masih lagi hidup dilaporkan timbul secara mendadak di perairan Naic di wilayah Cavite dekat sini sejak pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Datuk Bandar Naic, Edwina Mendoza berkata, penduduk di empat buah kampung bergegas menangkap sejumlah ikan itu.

Bukan sahaja ikan tetapi hidupan laut lain seperti ketam, ikan pari dan udang turut boleh ditangkap dengan mudah.

Seorang pakar pertanian tempatan menyalahkan perubahan cuaca sebagai penyebab kejadian itu.

Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan faktor perubahan iklim apabila suhu di laut meningkat.

Peningkatan suhu itu menyebabkan ikan terpaksa berenang mendekati permukaan laut bagi mendapatkan oksigen.

Fenomena itu merupakan kali kedua dilaporkan pernah berlaku di perairan Cavite. - Agensi
Read More

Kampung Digital Bimbing Dunia ICT Di Daerah Padang Terap, Kedah

Leave a Comment
Masyarakat luar bandar bakal mendapat pendedahan dalam dunia teknologi maklumat bagi memudahkan tugasan seharian dan melengkapkan diri dengan amalan gaya hidup yang lebih mudah dan canggih. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, daerah Padang Terap bakal dijadikan Perkampungan Digital sekali gus mendedahkan masyarakat dengan dunia teknologi maklumat untuk menambah minat demi bidang kerjaya yang lebih baik pada masa depan. Menurutnya, golongan sasaran keahlian kelab itu adalah dalam kalangan pelajar sekolah yang menerima insentif pemberian netbook percuma oleh kerajaan. “Bagaimanapun, pelajar yang tidak memperoleh netbook juga boleh menjadi ahli kelab. Kelab yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini, memberi peluang seluruh masyarakat untuk menceburkan diri dalam dunia ICT. “Kita tidak mahu pelajar yang mendapat netbook percuma oleh kerajaan menggunakannya ke arah suatu nilai yang tidak berfaedah, sebaliknya dengan kemudahan berkenaan, mereka berpeluang santai bersama keluarga sambil memperkenalkan kedua ibu bapa mereka dengan penggunaan komputer,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Inisiatif Perlaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan, petang kelmarin. Seramai 1,000 pelajar cemerlang dan kategori miskin menerima netbook percuma di bawah insentif Pelaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) bernilai RM1.3j yang dilancarkan buat pertama kalinya di Kedah. Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Mohd Hussain Ali. Beliau berkata, Kelab Komuniti ICT dan Perkampungan Digital itu bakal menyediakan masyarakat dengan kemahiran seperti penguasaan teknologi digital dan penguasaan dalam bidang teknologi kreatif. Menurutnya, dua Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang terdapat di daerah ini, hasil kemudahan yang disediakan SKMM menerima sambutan baik dan memberikan inisiatif untuk diwujudkan Kelab Komuniti ICT berkenaan.
Sumber : Sinar Harian
Read More