FHW KWSP Rancakkan Pasaran Perumahan

Leave a Comment
Pengeluaran Perumahan Fleksibel (FHW), kemudahan baru yang ditawarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membantu merancakkan pasaran perumahan di negara ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
Beliau yang menyambut baik langkah itu berkata, kemudahan itu akan memudahkan orang ramai membeli rumah, khususnya dalam lingkungan harga sederhana.
"Saya pasti pemaju akan dapat menjalankan perniagaan dengan lebih baik dan menjual lebih banyak rumah menerusi konsep itu.
"KWSP yang mempunyai simpanan banyak daripada pencarum secara tidak langsung dapat meningkatkan penjualan rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ekspo iProperty.com Expo-Luxury Collection di sini hari ini.
Semalam, KWSP mengumumkan ahlinya kini boleh menggunakan kemudahan FHW bagi pinjaman rumah pada kadar lebih tinggi bermula 1 Ogos.
Bagi kemudahan itu, ahli boleh memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 ke dalam akaun FHW dan diikuti oleh pindahan amaun caruman bulanan yang ditetapkan ke dalam akaun perumahan tersebut.
Ahli yang belum pernah membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah atau mengurangkan baki pinjaman perumahan juga boleh memohon bagi simpanan semasa dan masa depan mereka untuk dipertimbangkan semasa memohon pinjaman perumahan dengan institusi kewangan. - Bernama
Read More

Mourinho 'guru disiplin' Galacticos

Leave a Comment
Jose Mourinho menggariskan lima perkara yang perlu diikuti pemain Real Madrid agar mereka sentiasa berada dalam keadaan berdisiplin.Pengurus baru Bernabeu itu begitu bertekad untuk menunjukkan kuasanya di kelab gergasi Sepanyol itu dengan menunjukkan kepada pemain bertaraf bintang seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Iker Casillas dan Xabi Alonso yang beliau menerajui kelab itu secara kuku besi.

Mourinho yang mengemudi Inter menjulang tiga piala musim lalu akan membuatkan mereka yang lambat tiba bagi sesi latihan, berlatih bersendirian manakala pemain yang tidak tiba tepat pada masanya untuk menaiki bas pasukan, akan ditinggalkan.

Bekas pengurus Chelsea itu begitu terdesak untuk membuktikan dirinya di La Liga ketika Real sama terdesak untuk merampas takhta daripada musuh ketat, Barcelona selain menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2002.
Pengendali berasal dari Portugal itu yang berusia 47 tahun berhasrat mengikut lima perkara diterapkan itu dan mana-mana pemain Galacticos yang gagal memenuhinya akan dipinggirkan.

Lima perkara disiplin Jose Mourinho:
> Tiba lewat, berlatih bersendirian Mourinho mahukan latihan bermula tepat jam 9.30 pagi. Beliau tidak akan menerima sebarang alasan lewat. Sesiapa yang tiba lewat walau seminit tidak perlu hadir di padang latihan di di ibu pejabat Valdebebas. Mereka perlu berlatih bersendirian.

> Sentiasa tempat pada waktu Tepat pada masa mesti selalu dihormati ketika bersiap sedia untuk pra perlawanan. Pemain mesti berada di depan hotel untuk bertolak mengikut jadual waktu ditetapkan. Mana-mana pemain tiba lewat akan ditinggalkan.

> Sentiasa bersedia untuk latihan berat 90 minit Mourinho memberitahu pemainnya yang latihan hanya berlangsung 90 minit tetapi corak latihannya amat berat. Tiada tekanan terhadap latihan fizikal dengan kebanyakan sesi dengan bola.

> Pemain yang cedera perlu melaporkan kecederaan sejam sebelum latihan untuk dinilai Pemain yang cedera harus berada di Valdebebas sejam sebelum baki skuad tiba, untuk diperiksa doktor yang kemudian akan memberitahu Mourinho jika pemain itu layak berlatih. Mourinho tidak mahu membuat keputusan pada saat-saat akhir.

> Telefon bimbit mesti sentiasa senyap sepanjang masa

> Pemain boleh menggunakan komputer riba, telefon bimbit dan mendengar muzik menerusi fon telinga tetapi tanpa sebarang suara. - Agensi
Read More

Orang Awam Perlu Bersama SPRM Memerangi Rasuah

Leave a Comment
Orang ramai perlu tampil dan membantu memerangi amalan rasuah bersama-sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Ketua Pesuruhjaya, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, semua usaha memerangi rasuah hanya akan tercapai jika ada kesedaran yang berterusan dengan disertai sokongan masyarakat.Sambil menyatakan keyakinan bahawa "kita boleh lakukannya bersama", beliau berkata bahawa "perubahan mesti bermula dari sekarang dan ia perlu bermula dari kalangan kita."Ia perlu bermula dengan memerangi rasuah dan bukan dengan "menentang" SPRM, yang diamanahkan dengan tanggungjawab yang mulia untuk memerangi rasuah," katanya dalam laporan tahunan SPRM 2009. - Bernama
Read More

RM500j Jaga Ratu & Keluarga

Leave a Comment
Warga Britain membelanjakan RM482 juta setahun bagi melindungi Ratu Elizabeth dan 20 anggota keluarga bangsawan itu. Menurut akhbar negara itu, ketika anggota polis di seluruh negara mengalami pemotongan bajet sebanyak 25 peratus, kira-kira 1,000 pegawai keselamatan digunakan untuk menjaga ahli keluarga diraja sepanjang masa.

Kebanyakan mereka yang dikawal itu dianggap tidak berdepan dengan ancaman khusus atau berpotensi menjadi sasaran pengganas.

Mereka juga dibekalkan senjata api untuk mempertahankan diri jika berdepan bahaya.
Antara anggota keluarga bangsawan yang dikawal ketat adalah anak Putera Edward, sepupu ratu, Puteri Alexandra dan Puteri Michael of Kent.

Minggu lalu, Istana Buckingham menyatakan, pembayar cukai hanya dikenakan £62 (RM299) setahun untuk kos mengawal kediaman dan keluarga diraja negara itu.

Siasatan Sunday Mirror menunjukkan, kenyataan itu tidak memasukkan kos kawalan polis ke atas keluarga terbabit.

Tanpa angka rasmi, sumber berkata, sekurang-kurangnya RM482 juta dibelanjakan untuk mengawal keluarga bangsawan Britain.

Angka itu menjadikan kos mengurus mereka menjadi RM674.9 juta setahun atau setiap penduduk Britain - termasuk kanak-kanak - terpaksa membelanjakan RM10.8 seorang.
Minggu lalu, pegawai kanan antipengganas Scotland Yard, John Yates, menganggap rancangan memotong bajet untuk polis sebagai mengharukan’.

Skuad Kawalan Diraja yang diletak di bawah pasukan Polis Metropolitan London mengandungi 120 anggota.
Pegawai berpangkat sarjan menerima bayaran RM241,089 manakala ketua superintendan dibayar RM385,763.
Satu pertiga daripada mereka menerima bonus dikenali sebagai elaun khas sehingga RM72,331 setahun.
Baki dua pertiga daripada anggota skuad itu adalah pegawai peringkat sokongan serta kakitangan awam dan mereka turut menerima elaun lumayan serta imbuhan untuk kerja lebih masa. - Agensi
Read More

Anak Ronaldo Bernilai RM730.3 juta

Leave a Comment
Anak lelaki bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo (gambar) yang baru lahir kini bernilai £150 juta (RM730.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Bayi berkenaan merupakan satu-satunya pewaris kekayaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu.

Ronaldo yang bermain untuk kelab Sepanyol, Real Madrid, dipercayai membayar sejumlah wang kepada seorang ibu tumpang warga Amerika Syarikat (AS) untuk mengandungkan anaknya.

Mengulas mengenai kelahiran tersebut, saudara perempuan Ronaldo, Katia berkata, pemain bola sepak itu amat gembira selepas kali pertama bertemu dengan bayi seberat 4.2 kilogram berusia tiga minggu, pada dua minggu lalu.

Sebelum ini, beberapa pakar kewangan menganggarkan pemain bola sepak berkenaan bakal mengumpul pendapatan berjumlah £150 juta menjelang penghujung kerjayanya.

"Bayi itu amat bertuah. Jika anda melihat secara keseluruhan, Ronaldo akan memperoleh gaji lebih £100 juta (RM487.5 juta) hanya melalui kontrak enam tahun dengan Real Madrid," kata satu sumber.

"Pendapatan tersebut tidak termasuk perolehan komersial daripada penajaan," tambahnya.

Sementara itu, teman wanita terbaru bintang bola sepak berkenaan, Irina Shayk, 24, dilapor kecewa kerana dia tidak diberitahu oleh Ronaldo mengenai rancangannya untuk mendapatkan anak. - Agensi
Read More

Panas Terik Landa AS

Leave a Comment
Panas terik dijangka melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) dengan suhu setinggi 38 darjah Celsius.

Suhu panas juga dijangka berlaku di New York, Washington dan beberapa kawasan lain di pantai timur.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran mengenai suhu panas yang boleh menjejaskan kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan golongan tua.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya minum air dengan banyak, berada dalam bilik berhawa dingin dan kerap memeriksa kesihatan keluarga dan jiran.

Ahli-ahli meteorologi memberitahu, sebahagian daripada kawasan tengah Atlantik telah merasai bahang cuaca panas tahun ini.

Musim bunga paling panas dalam sejarah juga dijangka berlaku.
"Kawasan selatan akan merasai panas terik pada lewat minggu ini," kata seorang ahli meteorologi, Alex Sosnowski. - AFP
Read More

Qari Wilayah Persekutuan, Qariah Johor Johan Tilawah Al-Quran

Leave a Comment
Qari Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor, Nor Azrah Ayub malam ini dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan ke-53, yang berlangsung di sini sejak 29 Jun lepas.
Masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadah haji.
Wan Ainuddin Hilmi, 28, dan Nor Azrah, 32, akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 27 Julai hingga 3 Ogos ini.
Sementara itu qari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali, 34, dan qariah Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar, 27, muncul naib johan qari dan qariah, manakala tempat ketiga masing-masing dimenangi Othman Azumi Ahmad, 51, dari Kedah dan Normalina Alias, 28, dari Wilayah Persekutuan.
Selain membawa pulang wang tunai, RM7,000 bagi naib johan, dan RM5,000 bagi tempat ketiga, qari dan qariah berkenaan juga menerima pakej mengerjakan ibadah haji.
Hadiah disampaikan Yang Dipertua negeri Tun Ahmadshah Abdullah dan isterinya Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Seramai 14 qari dan 13 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing pada tilawah yang berlangsung selama lima hari itu sejak Selasa lepas. - Bernama
Read More