Gempa 5.7 Richter Landa Kepulauan Solomon

Leave a Comment
Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 Richter melanda Kepulauan Solomon di barat Pasifik, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), awal pagi ini. Bagaimanapun setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan. Gempa berlaku di kedalaman 35 kilometer (km) di 26km di barat daya Auki di Jepun dan 112km di utara Honiara jam 5.19 pagi waktu tempatan (1819 GMT). Kepulauan Solomon pada Sabtu lalu digegarkan dengan gempa kuat 6.9 Richter sehingga mencetuskan panik tetapi tiada kerosakan besar dilaporkan. - AFP
Read More

Gerhana Bulan Sabtu ini

Leave a Comment
Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.Gerhana bulan itu akan bermula jam 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada jam 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa), semalam. Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi. Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Januari lalu. Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di planetarium Negara.-Harian Metro
Read More

Datuk K Beli Plat KCT 1 RM66,550

Leave a Comment
Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam. Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu.
Selain Khalid, 192 nama lain yang membida nombor pilihan masing-masing menggunakan pendaftaran KCT turut disenaraikan dengan KCT 1 muncul nombor pendaftaran yang mempunyai nilai paling tinggi.
Semalam, akhbar ini melaporkan penyanyi terkenal itu menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini. Sebaliknya, pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu memberitahu pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri.
Read More

40,506 Ditawar Lanjut Pelajaran Ke Peringkat Ijazah Pertama

Leave a Comment
Seramai 40,506 calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama berdasarkan sistem meritokrasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)seluruh negara bagi sesi 2010/2011. Demikian menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi.-Berita Harian
Read More

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Talak Satu

Leave a Comment
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia berkahwin dengan Azrinaz pada 2005.

Azrinaz yang berumur 30 tahun melahirkan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.

Beliau membacakan kata-kata pujian kepada Allah sebelum mengumumkan mengenai berita perceraian itu.

Semasa membuat pengumuman tersebut, beliau lengkap berkot dan bersongkok dan menyampaikan berita yang mengejutkan itu dengan tenang.

"Maka pada petang Rabu tiga haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 Masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pangeran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar," katanya.

Beliau turut mengumumkan semua gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah telah ditarik balik mulai tarikh perceraian.

Pada pengumuman khas itu, beliau menyatakan perceraian itu dilakukan atas sebab-sebab khas tanpa memberikan butiran lanjut.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa perceraian itu dibuat dengan dipandu dan ditentukan dengan hukum syarak dan menepati ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah dari sebahagian ayat 229 iaitu menikahi dengan baik dan melepaskan juga dengan baik.

Pengumuman itu dibuat selepas tersebarnya khabar angin mengenai perpisahan mereka di Bandar Seri Bagawan.

Menurut agensi berita AP, ia merupakan perceraian yang kedua buat Sultan Hassanal Bolkiah yang mempunyai anggaran kekayaan sekurang-kurangnya AS$20 bilion (RM65.25 bilion).
Baginda bercerai buat pertama kali dengan seorang bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz yang mempunyai darah keturunan Brunei, Jepun dan Scotland pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan perkahwinan dengan isteri pertama, Raja Isteri Pangiran Hajah Anak Saleha yang dikahwininya pada 1967.

Putera sulung baginda, Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah kini merupakan Putera Mahkota dan bakal mewarisi tampuk pemerintahan.

Sultan Hassanal Bolkiah mula memerintah pada 5 Oktober 1967 selepas ayahanda baginda turun takhta.

Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah menjadi legenda di kalangan golongan kaya.
Semasa bermain polo dengan pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera Charles, kasut baginda untuk bermain polo telah dihantar dengan menggunakan helikopter. - Agensi
Read More

Mohamed Mustafa Naib Canselor UUM Baru

Leave a Comment
Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak dilantik sebagai Naib Caunselor baru Universiti Utara Malaysia (UUM) menggantikan Tan Sri Dr. Nordin Kadri yang akan bersara setelah berkhidmat selama lima tahun.

Dr. Mohamed Mustafa, 50, telah berkhidmat dengan UUM selama 25 tahun, sebelum ini menjawat jawatan Naib Caunselor (Akademik dan Antarabangsa).

Pelantikan beliau untuk tempoh tiga tahun mulai 16 Jun ini hingga 15 Jun 2013 diumumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu kenyataan hari ini.
Prof. Mohamed Mustafa berkelulusan PhD (Sosiologi Politik) dari University of Leeds dan MA (Politik) dari University of York, England.

Beliau merupakan staf akademik awal UUM yang memulakan kerjaya akademik dari peringkat bawah sebagai seorang tutor dan kemudiannya sebagai pensyarah sehinggalah dilantik sebagai profesor dalam bidang politik dan pengajian antarabangsa.

Prof. Mohamed Mustafa turut dikenali kerana sering menulis dan memberikan pelbagai komentar dan analisis politik nasional dan antarabangsa kerana kepakaran beliau sebagai seorang profesor dalam bidang Sains Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa.

Beliau turut memegang jawatan sebagai ketua kluster politik, keselamatan dan hal ehwal antarabangsa Majlis Profesor Negara di peringkat nasional dan presiden Persatuan Pengajian Antarabangsa. — Bernama
Read More

Piala Dunia 2010 Yang Gilang - Gemilang

Leave a Comment
Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan telah pun bermula. Ianya akan berlangsung bermula daripada 11 Jun sehingga 11 Julai 2010. Sama-samalah kita merasai kehangatannya yang hanya berlangsung setiap 4 tahun sekali. Selamat menonton kepada semua di seluruh dunia. Semoga pasukan yang disokong dapat menjulang piala yang diidamkan.

p/s-> saya sokong Spain...hehe...
Read More

Gempa 6.0 Richter Landa Pasifik Selatan

1 comment
Gempa berukuran 6.0 Richter melanda Vanuatu, kepulauan kecil di Selatan Pasifik, awal pagi ini tetapi tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini. Gempa itu berpusat 155 kilometer dari Port Vila, ibu negara Vanuatu, di kedalaman 15 kilometer, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). - AFP
Read More

Kos Bina Loji Nuklear AS$2.5-$4 Bilion

Leave a Comment
Kos pembangunan loji janakuasa nuklear yang berkapasiti 1,000 MegaWatt ialah antara AS$2.5 bilion dan AS$4 bilion (AS$1 = RM3.3), kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk kos lain seperti kos menjalankan kajian dan membangunkan prasarana insaniah yang meliputi pembangunan sumber manusia, serta memantapkan peraturan sedia ada bagi menyokong pembangunan loji. "Bagaimanapun kos operasi termasuk kos bahan api nuklear adalah lebih rendah berbanding kos operasi bagi loji janakuasa tenaga lain seperti minyak, gas asli dan arang batu," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.


Lim ingin tahu kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021, lokasi dan impaknya kepada kawasan sekitar, serta langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa nuklear yang akan dipraktikkan.Mengenai lokasi, Chin berkata janakuasa itu dijangka dibina di Semenanjung berdasarkan permintaan elektrik yang tinggi di kawasan itu selepas 2020."Bagaimanapun lokasi tepat bagi membina loji nuklear tersebut belum ditentukan," katanya.Beliau berkata, kerajaan akan mengguna pakai piawaian antarabangsa bagi menentukan lokasi loji janakuasa itu dengan mengambil kira ciri seperti kepadatan penduduk, alam sekitar dan keadaan geogologi. Selain itu, katanya, kerajaan juga akan menggunakan khidmat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam memastikan peraturan berkaitan keselamatan loji dipatuhi jika ia dibina di negara ini.


"Justeru lesen tapak loji berkenaan hanya akan dikeluarkan setelah semua kajian dilakukan termasuk penilaian kesan alam sekitar dan radiasi," katanya.Chin juga berkata, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan loji janakuasa nuklear kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan kepada teknologi itu pada masa ini."Ia termasuk kebolehan menghentikan tugas rektor nuklear dalam masa yang cukup pantas iaitu dalam tempoh beberapa saat sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini," katanya. - BERNAMA
Read More

Impak Besar Jalur Lebar Kepada Ekonomi

Leave a Comment

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat menyedari betapa pentingnya impak jalur lebar kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mengambil langkah perlu untuk memperluaskan penggunaannya serta kualiti penyampaian. Timbalan Perdana Menteri berkata, kadar penembusan jalur lebar Malaysia pada 36.1 peratus masih ketinggalan berbanding Singapura (150 peratus) dan Korea Selatan serta Jepun (melebihi 80 peratus). "Daya saing sesebuah negara di peringkat global bergantung besar kepada penggunaan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan jalur lebar oleh pihak swasta dan pihak kerajaan negara tersebut," katanya ketika melancarkan "Digital Pagoh-Muar 1Malaysia" di Pagoh hari ini.

Berdasarkan kajian ke atas negara Asean katanya, didapati bagi setiap peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar, ia boleh menyumbang kepada satu peratus di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Muhyiddin berkata, adalah jelas negara perlu berusaha lebih kuat untuk menandingi kadar penembusan jalur lebar yang tinggi sebagaimana yang terdapat di Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Muhyiddin berkata, teknologi ICT dan jalur lebar adalah pemangkin dan pembolehcara untuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. "Dalam dunia yang bergerak pantas dan tanpa sempadan, semuanya bergantung kepada kecepatan dan kecekapan dalam mengurus perhubungan, penyampaian maklumat dan melakukan transaksi dan bertindak," katanya.

Model Baru Ekonomi (MBE), katanya, juga menekankan aspek kreativiti dan inovasi untuk menjana ekonomi pendapatan tinggi dan menerusi kemudahan jalur lebar ia boleh menyokong industri-industri untuk bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa. Beliau berkata, di dalam memacu pencapaian yang lebih tinggi di dalam bidang ICT dan jalur lebar, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar yang dipengerusinya telah pun bersetuju untuk melaksanakan beberapa perkara. Di antara perkara itu, katanya, adalah pelaksanaan projek daerah digital untuk mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, sebagaimana Digital Pekan yang telahpun dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Projek Digital Pagoh-Muar adalah pelancaran daerah digital yang kedua di negara ini.

Projek Komuniti Jalur Lebar untuk mengatasi isu pemilikan komputer peribadi yang rendah, di mana setakat ini sebanyak 2,143 pusat telah dibina di seluruh negara dan 383 lagi pusat akan dibina tahun ini. Muhyiddin berkata, jawatankuasa juga akan mempertingkatkan perkhidmatan selular di kawasan luar bandar dengan membina 1,000 menara baru bagi mencapai 97 peratus liputan kawasan berpenduduk pada hujung tahun ini. Sementara itu, Rais, dalam ucapannya, berkata Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangkakan kadar penembusan jalur lebar isi rumah di negara akan mencecah kadar 50 peratus pada akhir tahun ini. Beliau berkata, sebanyak tujuh Pusat Komuniti Jalur Lebar akan dibina di Pagoh sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong projek Digital Pagoh-Muar. - BERNAMA

Read More

Iron Baby

Leave a Comment
Read More

Kementerian Luar Diarah Selamatkan Sukarelawan

Leave a Comment
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sudah mengarahkan Kementerian Luar supaya menyelamatkan sukarelawan Malaysia yang berada di dalam kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang Israel semalam.Katanya, memandangkan tidak ada komunikasi dengan pihak yang terbabit, maka Malaysia akan berusaha mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga yang lain. "Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat...tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Seramai 12 rakyat Malaysia, termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal Turki iaitu Mavi Marmara yang diserang Israel. Setakat ini, belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib kesemua rakyat Malaysia di dalam kapal yang diserang dan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh. Menurut laporan agensi berita asing, Israel menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditahan di dalam kapal itu dan akan mengusir 48 yang lain.- Bernama
Read More