Ibu Bapa Perlu Tegas Terhadap Anak Yang Tiada Lesen Memandu

Leave a Comment
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hari ini menggesa ibu bapa agar bersikap lebih tegas terhadap anak-anak mereka yang gemar memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen.

Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), angka mereka yang berbuat demikian adalah tinggi dan ia membimbangkan.

Statistik Ops Penyamaran oleh JPJ tahun lepas menunjukkan 41 peratus daripada 2,186 pemandu didapati tidak mempunyai lesen dan kebanyakannya berumur antara 16 dan 25 tahun.

"Angka ini tidak boleh diambil sebagai perkara remeh. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka ada lesen untuk memandu sebelum menggalakkan mereka membawa motosikal atau kereta,” katanya kepada pemberita di sini.

Ketiadaan lesen memandu itu katanya, menunjukkan seseorang tidak mempunyai latihan yang cukup daripada segi undang-undang jalan raya.

"Latihan dan pengalaman yang tidak cukup ini akan memudahkan mereka mengalami keadaan panik sekiranya terbabit dalam kemalangan jalan raya dan paling penting, tiada tuntutan kemalangan jalan raya bagi mereka,” katanya. – Bernama
Read More

Gaji Pengawal Keselamatan Tetap Naik Mulai 1 Julai Ini

1 comment
Kenaikan gaji untuk pengawal keselamatan mulai 1 Julai ini tetap dilaksanakan walaupun terdapat syarikat keselamatan yang kurang mampu untuk melaksanakannya.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata sebarang masalah yang timbul berhubung perkara itu akan diselesaikan oleh kementerian itu dan Kementerian Dalam Negeri.
"1 Julai ini akan dilaksanakan kerana ia sudah diwartakan, semua isu yang timbul kita akan selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa mengenai dialog antara budaya di sini, malam tadi.

Khamis lepas, Subramaniam mengumumkan kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok antara RM1,100 dan RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 dan 75 peratus, mulai 1 Julai.

Berikutan pengumuman itu terdapat beberapa syarikat pengawal keselamatan meminta kerajaan menyediakan satu mekanisme bagi membantu syarikat yang kurang mampu untuk memberikan gaji baru itu.

Persidangan antarabangsa itu berlangsung selama lima hari bermula semalam dan ia dihadiri peserta dari 25 negara. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga pengerusi Yayasan Belia Dunia (WYF). - Bernama
Read More

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Leave a Comment
Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini.
1. P. Kamalanathan (BN): 24,997

2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272

Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935

Peratus/Percentage: 75.87

Undi rosak/Spoilt votes: 731

Majoriti/Majority: 1,725

Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)

Penyandang/Incumbent: Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (meninggal dunia 25 Mac) (tewaskan Datuk G. Palanivel: BN)
Undi diperoleh/Votes polled: 2008:23,177
Majoriti/Majority: 198

- Bernama
Read More

48,935 atau 75.87% Keluar Mengundi di Hulu Selangor

Leave a Comment
Sejumlah 48,935 orang atau 75.87 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata, jika kesemua peti undi dari 48 pusat mengundi dapat dibawa ke pusat penjumlahan undi di pekan Kuala Kubu Baharu menjelang 8.30 malam dan urusan penjumlahan siap dalam masa sejam, keputusan dapat diumumkan sebelum 10 malam.

Katanya, SPR pada keseluruhannya berpuas hati dengan proses pengundian itu, walaupun pada awalnya menyasarkan kira-kira 80 peratus keluar mengundi.
"Di Batang Kali dan beberapa tempat lain berlaku hujan lebat petang tadi, jadi mungkin ada yang tidak dapat keluar mengundi. Apa pun, kita berpuas hati dengan 75.87 peratus ini,” katanya ketika dihubungi selepas pengundian tamat pada 5 petang.

Jumlah yang keluar mengundi itu melebihi 47,622 atau 75.24 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Wan Ahmad berkata, terdapat ketegangan di luar beberapa pusat mengundi apabila pihak SPR dan polis cuba menutup pondok panas atau barung yang dipasang oleh para penyokong parti yang bertanding.

"Walaupun ada kekecohan di luar, proses pengundian di pusat mengundi berjalan lancar,” katanya. – Bernama
Read More

75 Kes baru H1N1 Dikesan

Leave a Comment
Sejumlah 75 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 5.30 petang semalam menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini ialah sebanyak 13,274.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican bagaimanapun berkata, tiada kematian baru dilaporkan semalam.

Beliau berkata, bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 11 orang dengan lapan daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.

"Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 624 kes.

"Daripada jumlah tersebut, 85 kes telah disahkan positif H1N1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mohd. Ismail berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya menerima enam laporan kejadian kluster ILI dari dua negeri iaitu Selangor dan Melaka. - Bernama
Read More

Space Shuttle Has To Reschedule

Leave a Comment


Space Shuttle Atlantis prepares to roll out of NASA's vehicle assembly atop a crawler transporter to launch pad 39-a at Kennedy Space Center yesterday in Cape Canaveral, Florida. The rollout was scrubbed due to weather and will be re-tried again today evening. Atlantis is scheduled to launch on May 14 on a mission to the International Space Station. Photo by AFP.
Read More

Pertandingan Empat Penjuru PRK Hulu Selangor

1 comment
Pilihan Raya Kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara P. Kamalanathan dari Barisan Nasional, Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat dan dua calon bebas iaitu V.S. Chandran dan Johan Mohd Diah. - Bernama
Read More

Lintah Bergigi

1 comment

Seorang doktor Peru, Renzo Arauco-Brown menemui spesies baru lintah kecil dengan memiliki gigi tajam yang dijumpai menyorok di dalam hidung seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang bertugas di Universiti Peru Cayetano Heredia di sini menjumpai lintah itu semasa merawat kanak-kanak tersebut di sebuah klinik di wilayah Chanchamayo yang mengadu sakit kepala setelah mandi di sebuah tasik Amazon.

Lintah sepanjang 44.5 milimeter itu kemudian disahkan sebagai spesies baru oleh seorang kurator Muzium Semula Jadi Amerika Syarikat di New York, Mark Siddall semasa ia dibawa dari Peru ke negara tersebut untuk tujuan penyelidikan saintifik.

Ia kemudian dinamakan sebagai Tyrannobdella rex atau diringkaskan sebagai T-rex yang bererti raja lintah kejam kerana memiliki gigi tajam selebar 0.13 milimeter iaitu lebih lebar daripada ketebalan sehelai rambut manusia normal. - Agensi

Sumber : Kosmo

Read More

Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia (Mecca Royal Clock Tower)

Leave a Comment
KOMPLEKS hotel Mecca Royal Clock Tower dalam pembinaan di tanah suci Makkah.



Sebuah kompleks hotel yang sedang dalam pembinaan di Arab Saudi, akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia, dan memaparkan jam enam kali lebih besar daripada Big Ben di London. Menara Jam Diraja Makkah diperbuat dengan 662 meter struktur konkrit dan puncaknya berukuran 115 meter, yang mempunyai bentuk bulan sabit di atasnya, kata pengurus besarnya, Mohammed al-Arkubi pada sidang akhbar di Dubai semalam. Kedua-dua menara di Makkah itu sedikit ketinggalan berbanding daripada struktur Burj Khalifa di sini, menara tertinggi dunia yang mencapai ketinggian 828 meter. Bahagian konkrit Menara Jam Diraja Makkah itu bagaimanapun lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi dunia, Taipei 101 di Taiwan yang berukuran 508 meter. “Bahagian pertama hotel ini akan dibuka pada penghujung Jun depan, sementara jamnya akan mula beroperasi pada hujung Julai menjelang bulan Ramadan, yang dijangka pada 10 Ogos depan,” kata Mohammed. Jam buatan Jerman itu, yang dikatakan ‘jam terbesar dunia’, berukuran 45 meter lebar dan 43 meter tinggi di semua empat belah menara, katanya. – AFP


Sumber : Berita Harian
Read More

KDNK Berkembang 5.2 Peratus Tahun 2010

Leave a Comment
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berkembang sebanyak 5.2 peratus pada 2010 berbanding 3.7 peratus sebelum ini. Bagaimanapun mengekalkan kadar pertumbuhan KDNK 2011 pada 5.0 peratus. - Utusan
Read More

China Dilanda Gempa Bumi

Leave a Comment
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Ritcher mengakibatkan sekurang-kurangnya 67 orang terkorban dan ramai yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kawasan pergunungan Tibet di barat daya China hari ini.

Pusat gempa terletak 240 kilometer ke barat daya pekan Qamdo di Tibet dan 375 kilometer ke tenggara pekan perlombongan Golmud di Qinghai.

Beberapa kejadian gempa bumi dan susulan selepas itu menyebabkan bangunan rendah di daerah Yushu dalam wilayah Qinghai turut runtuh, kata penduduk dan media tempatan. Tentera telah dikerah ke tempat kejadian. – Reuters
Read More

Adebayor Bersara Daripada Skuad Togo

Leave a Comment
Penyerang Manchester City dan Togo, Emmanuel Adebayor mengumumkan persaraan daripada skuad negaranya beraksi dalam kejohanan antarabangsa dengan menegaskan "masih dihantui" kebimbangan berikutan serangan ketika Piala Negara Afrika, Januari lalu. Mengumumkannya semalam, Adebayor dilaporkan masih trauma berikutan serangan kumpulan yang menembak bas membawa skuad negara itu yang mengorbankan penolong jurulatih pasukan. Kejadian itu juga membawa kepada tindakan Togo menarik diri daripada kejohanan berkenaan. “Berikutan kejadian yang tragik pada Juari lalu ketika kejohanan Piala Afrika dengan dua warga Togo terbunuh akibat serangan gerila di Angola, saya membuat keputusan yang amat berat untuk bersara daripada aksi bola sepak antarabangsa," kata Adebayor dalam laman web Manchester City. “Saya masih diselubungi ketakutan selepas beberapa bulan serangan itu dan saya masih bimbang kejadian berlaku lagi. Saya menyaksikan saat paling menakutkan pada petang apabila bas membawa pasukan Togo diserang hendap. "Kami hanya pemain bola sepak untuk beraksi mewakili negara kami namun mereka masih mahu membunuh kami. Ia saat yang tidak mudah saya lupakan sepanjang hayat," katanya. Selain penolong jurulatih, pemandu bas berkenaan juga maut, manakala pemain pertahanan, Serge Akakpo dan penjaga gol, Kodjovi Obilale antara mereka yang cedera. - AFP
Read More

Pesta Gendang Nusantara

Leave a Comment
Pesta Gendang Nusantara yang disertai 26 pasukan gendang dari dalam dan luar negara akan berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini mulai esok.

Datuk Bandar MBMB Datuk Yusof Jantan berkata acara itu merupakan antara program yang dianjurkan bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-7 MBMB pada 15 April ini.

Orang ramai akan berpeluang melihat kehebatan persembahan muzik dan tarian daripada kumpulan berkenaan membabitkan lebih 1,300 peserta pada pesta selama dua hari itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kumpulan terbabit terdiri daripada tujuh kumpulan tempatan, 11 kumpulan dari Nusantara manakala baki kumpulan adalah antaranya dari Sri Lanka, Filipina, Korea Selatan, Uzbekistan, India dan China, katanya.

Beliau berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dijadual melancarkan sambutan ulang tahun itu malam 14 April.

- Bernama
Read More

Kepulauan Solomon Dilanda Gempa Bumi Kuat

Leave a Comment
Satu gempa bumi kuat berukuran 7 pada skala Richter melanda kepulauan Solomon iaitu 215 kilometer dari tenggara Honiara pada pukul 5.41 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata, gempa bumi itu yang berlaku kira-kira 5053 kilometer dari tenggara Kunak, Sabah, tidak membawa ancaman tsunami. - Utusan
Read More

Kelebihan Bekerja Dengan Sektor Awam

Leave a Comment
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua – duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya.

Sumber : perkhidmatanawamgred41.com
Read More

Pesta Air Malaysia di Langkawi

Leave a Comment
Pesta Air Malaysia 2010 yang akan diadakan dari 9 hingga 11 April ini di Pantai Chenang, Langkawi, mensasarkan 120,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri, Anuar Abdul Razak berkata, pesta sukan air dan pantai terbesar itu akan mempertandingkan pelbagai acara antaranya lumba perahu naga, lumba sampan, pertandingan kayak dan rakit.

Beliau berkata, selain itu, terdapat juga aktiviti yang bersifat kekeluargaan dan santai seperti sepak raga pantai, bola sepak pantai, bola tampar pantai serta membina istana pasir.

"Penganjuran pesta ini juga bertujuan mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama khususnya pantai Chenang sebagai salah satu ”tourist spot”,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini lebih 4,000 peserta tempatan dan dari Satun, Thailand telah mengesahkan penyertaan dalam pesta sukan air itu.

Anuar berkata sebanyak 30 gerai pameran dan jualan hasil-hasil tempatan termasuk kraftangan, pameran jabatan dan agensi kerajaan turut diadakan. - Bernama
Read More

IKBN Bakal Wujudkan Pengajian Sukan Permotoran

Leave a Comment
Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjurus kepada pengajian sukan permotoran bagi memajukan lagi industri sukan itu di negara ini.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, IKBN itu akan menawarkan pengajian berkaitan kemahiran kejuruteraan dan teknikal dalam sukan permotoran dan dibangunkan dengan kerjasama pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC)."Kita akan membawa cadangan ini (kepada Kabinet) untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sukan Permotoran Malaysia di sini hari ini.
Sumber : Sinar Harian
Read More

1000 Pasar Tani, 60000 Usahawan Penghujung RMK-10

Leave a Comment
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mensasarkan untuk memiliki 1,000 pasar tani dan 60,000 usahawan tani pada penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Pengerusinya Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berkata sasaran itu bertujuan mengembangkan ekonomi di peringkat golongan pertengahan dan bawahan serta secara langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran sambutan 25 tahun pasar tani peringkat negeri Pulau Pinang di tapak pasar tani Balik Pulau, di sini hari ini. - Bernama
Read More

25 April Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor

Leave a Comment
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 17 April sebagai hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan 25 April sebagai hari pengundian, umum Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada Khamis lalu. - Bernama
Read More

USM Cipta Kaedah Kesan Daging Babi

Leave a Comment
Orang ramai khususnya pengguna Islam kini boleh menghilangkan rasa was-was ketika ingin menikmati daging ayam apabila Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta kaedah untuk membezakannya dengan daging babi.

Menggunakan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose', daging kedua-dua haiwan itu akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Penyelidik USM, Profesor Azhar Mat Easa berkata, proses ujian tersebut amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi.

Menurut beliau, seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan untuk diuji.

"Campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya.
"Menggunakan alat 'spectrophometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi," katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.

Azhar memberitahu, dari segi perbezaan, warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit daripada daging babi.

Beliau menammbah, proses berkenaan hanya memakan masa tidak sampai dua jam. - Utusan
Read More