Agong Selamat Pulang Dari Jerman

Leave a Comment
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan susulan fisioterapi di Bad Wiessee, Jerman sejak 26 Januari lalu.
Keberangkatan pulang Seri Paduka pada 11.30 malam tadi diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta anakanda-anakanda baginda. Menurut kenyataan Istana Negara, keadaan Tuanku Mizan dilaporkan baik selepas mendapat rawatan di Medical Park, St Hubertus.

Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang menjalani rawatan. Pada 30 November tahun lalu, Tuanku Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich. - Bernama
Read More

KTMB Tawar Diskaun Tiket Semasa Matta Fair 2010

1 comment
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan 25 peratus diskaun untuk pembelian tiket ke semua destinasi antara bandar bersempena Matta Fair 2010 pada 12 hingga 14 Mac ini. Pengurus Pemasaran KTMB, Mohd Noordin Kimi berkata, tiket-tiket itu boleh didapati di gerai pameran KTMB pada hari berkenaan dan sah diperlakukan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembelian. “Kepada pengunjung Matta Fair 2010 yang datang membeli tiket di gerai kami, kami akan memberi potongan tidak kira satu atau dua tiket,” katanya pada sidang media di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam. Antara promosi lain yang ditawarkan adalah diskaun tiket 25 peratus untuk keretapi antara bandar menghala ke stesen Sentral Kuala Lumpur dengan pembelian empat tiket bermula 11 Mac. “Diskaun diberikan jika pembeli membeli tiket secara berkumpulan dengan minimum empat orang di mana-mana stesen KTMB dengan menyatakan kunjungan mereka ke Matta Fair 2010,” katanya. - Bernama.
Read More

Kajian Di Britain : Lelaki Pandang Payu Dara Dulu

Leave a Comment
Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman. Empat daripada 10 lelaki mengakui merenung buah dada sekurang-kurangnya 10 kali sehari. Tinjauan syarikat pembedahan kosmetik Transform di kalangan wanita pula mendapati, 48 peratus daripada mereka tidak puas hati dengan saiz buah dada mereka dan mahu mengubahnya. Selain itu, empat daripada sepuluh wanita cemburu dengan ‘aset’ rakan sendiri dan 46 peratus pula mahukan payu dara seperti selebriti terkenal. - Agensi
Read More

Wanita Tukar Anak Dengan Burung

Leave a Comment
Seorang wanita berusia 52 tahun mengaku bersalah atas dua tuduhan menjual dua orang kanak-kanak kepada satu pasangan bagi menukarkannya dengan burung peliharaan dan AS$175 (RM593.60)

Donna Louise Greenwell menerima hukuman 15 bulan kerja berat bagi setiap pertuduhan semalam, yang mana dia akan melakukannya serentak.
Kerani Pejabat Mahkamah, memberitahu akhbar The Advocate yang Greenwell akan memulakan hukumannya pada 25 Mac.

Pasangan berkenaan, Paul James Romero dan Brandy Lynn Romero turut mengaku bersalah bagi tunduhan sama pada Oktober.

Greenwell dituduh menjual kepada pasangan itu kanak-kanak berusia empat dan lima tahun untuk mendapatkan pulangan wang tunai serta burung kakak tua.
Kedua-dua kanak-kanak itu dijaga Grenwell selepas ibu bapa mereka meninggakan anak mereka bersamanya. - AP
Read More

Terowong SMART Ditutup Malam 24 Februari 2010

Leave a Comment
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan menutup terowong SMART selama tujuh jam mulai pukul 11 malam esok bagi menjalankan kerja penyenggaraan.
Terowong itu akan dibuka semula pada pukul 6 pagi Khamis, kata SMART dalam kenyataan di sini hari ini.
Untuk maklumat lanjut, pengguna lebuh raya itu boleh menghubungi talian 1-300-88-7188. – Bernama
Read More

Kekurangan Doktor Dijangka Diatasi Lima Tahun Lagi

2 comments
Kekurangan 60 peratus doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh negara dijangka dapat diatasi dalam tempoh lima tahun apabila lebih ramai siswazah dalam jurusan perubatan mula dikeluarkan universiti tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi mengatasi kekurangan itu, Kementerian Kesihatan melalui strategi jangka pendek menawarkan kepada doktor swasta untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan secara kontrak.

"Kekurangan doktor terbabit termasuk doktor pakar itu ketika ini bagaimanapun tidaklah menjejaskan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.

"Kerajaan yakin kekurangan tersebut akan dapat diatasi apabila 15 universiti di negara ini yang mengadakan jurusan itu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 siswazah kedoktoran mulai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat hospital Jerantut, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar dengan membina lebih banyak pusat kesihatan, selain menaik taraf pusat kesihatan sedia ada. – Bernama
Read More

Calon Tuan Rumah Euro 2016 Serah Bidaan

Leave a Comment
Perancis, Turki dan Itali, tiga negara yang menjadi calon sebagai tuan rumah Euro 2016, telah menyerahkan bidaan mereka secara rasmi semalam di ibu pejabat Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Badan bola sepak Eropah itu berkata, lebih dari 100 kriteria, dari kemudahan stadium hingga perkara yang sah, akan diambil kira sebelum tuan rumah untuk kejohanan tersebut dipilih pada 28 Mei di Geneva nanti.
Sweden dan Norway yang sebelum ini dikatakan berminat untuk membuat bidaan telah menarik diri pada Disember lalu selepas kerajaan negara tersebut tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan untuk menaik taraf stadium. - Reuters
Read More

Malaysia Capai Tempat Tertinggi Dalam Penggunaan ICT

Leave a Comment
Malaysia mencapai tempat tertinggi dalam pemasangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di antara 25 negara yang didorong sumber dan keberkesanan di Nokia Siemens Network”s Connectivity Scorecard 2010.
Ia menerajui kumpulan itu untuk tahun ketiga berturut-turut.
"Connectivity Scorecard” adalah indeks ICT global, satu kajian tahunan yang menyenaraikan negara bukan hanya menurut pemasangan prasarana ICT, tetapi juga mengambil kira tahap kerajaan, perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemewahan sosial dan ekonomi.
"Malaysia menjadi ekonomi dipacu sumber yang teratas dengan catatan mata 7.14 mengatasi Afrika Selatan (6.18), Chile (6.06), Argentina (5.9) dan Rusia (5.82),” kata Nokia Siemens Networks dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia juga mengatasi jiran ASEAN seperti Thailand dan Indonesia, kecuali Singapura yang berasa di dalam kumpulan ekonomi didorong inovasi.
Negara-negara dibahagikan kepada dua kumpulan — ekonomi maju didorong inovasi dan ekonomi didorong sumber yang kurang maju.
Di kalangan ekonomi didorong inovasi, Amerika Syarikat buat kali pertama semenjak “Connectivity Scorecard” diperkenalkan tiga tahun lalu kehilangan tempat teratas kepada Sweden.
Sweden mengetuai kumpulan ekonomi didorong inovasi dengan catatan 7.95 mata, mengatasi AS (7.77), Norway (7.74), Denmark (7.54) dan Netherlands (7.52). – Bernama
Read More

Norman KRU Pengetua AF8

Leave a Comment
Diberi tanggungjawab besar menggalas tugas sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) merupakan satu penghormatan buat Norman Abdul Halim, 37.
Atas alasan itu, dia berazam untuk membimbing dan membentuk bakat-bakat baru dalam mencari hala tuju mereka dalam seni khususnya bidang muzik.

“Saya mahu melakukan satu perubahan baru dalam AF8 iaitu mencari muzik yang sesuai untuk setiap pelajar yang terpilih nanti.

“Seperti mana yang kita tahu, bukan semua boleh menjadi penyanyi versatil dan semua ini harus dilakukan di peringkat awal agar mereka tidak akan tercari-cari arah apabila keluar dari akademi.

“Saya percaya dengan bantuan barisan tenaga pengajar, impian ini dapat direalisasikan dalam mencari penghibur negara yang disegani,” jelas Norman ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman pengetua, tenaga pengajar dan pengacara AF8 di sini malam ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.

Pemilihan Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios itu dilihat bertepatan sekali memandangkan trek rekod cemerlang yang pernah dicipta bersama kumpulannya, KRU.
Namun begitu, Norman sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan menganggapnya sebagai satu cabaran sebagai Pengetua AF8.

“Apa yang boleh saya katakan, saya akan menerajui AF8 sebaik mungkin berdasarkan pengalaman saya selama 18 tahun bersama KRU,” ujar Norman yang mengesahkan kedudukannya sebagai Pengetua AF8 pada pertengahan bulan Januari lalu.
Sementara itu, Sarimah Ibrahim terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan program baru, Debaran Akademi Fantasia. - Utusan
Read More

Tol percuma & Diskaun

1 comment
*Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 1) tiada bayaran tol pada 11 Februari dan 15 Februari pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi.

* PLUS Expressways pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menawarkan diskaun 20 peratus, 12 tengah malam hingga 7 pagi dari 10 hingga 19 Februari.

* 15 lebuh raya lagi menawarkan diskaun tol antara lima hingga 20 peratus pada 14 Februari. 10 lebuh raya menawarkan diskaun pada 14 Februari bermula dari pukul 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

Sumber : Utusan Malaysia
Read More

Sarah Palin Keynote Speech at National Tea Party Convention

Leave a Comment
Read More

Terry Dipecat Daripada Kapten England

Leave a Comment
John Terry dilucutkan sebagai ketua pasukan England kerana menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanita rakan sepasukan dalam skuad England, Wayne Bridge.
Keputusan itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas Terry mengadakan pertemuan dengan jurulatih, Fabio Capello di ibu pejabat FA sebentar tadi.
Capello dalam satu kenyataan berkata: “Selepas berfikir panjang, saya memutuskan tindakan terbaik adalah dengan melucutkan jawatan kapten daripada John Terry.
“Sebagai ketua pasukan, John Terry sepatutnya menunjukkan sikap yang positif. Bagaimanapun saya perlu mempertimbangkan tindakan terbaik untuk pasukan England.” - AFP
Read More

Konsumerkini Portal Berita FOMCA Untuk Pengguna

Leave a Comment
Pengguna di Malaysia kini boleh mendapatkan maklumat tentang pelbagai isu berkaitan kepenggunaan menerusi portal berita Konsumerkini yang dilancarkan hari ini.
Portal ini boleh dilayari di www.konsumerkini.net.my merupakan hasil inisiatif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang memberi maklumat yang benar dan tepat mengenai isu-isu kepenggunaan kepada orang ramai.

Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason berkata, portal berita itu merupakan langkah bagi memudahkan semua pihak untuk berhadapan dan memahami sesuatu isu dengan bijak dan rasional.

"Apabila berhadapan dengan isu seperti misalnya kenaikan harga makanan dan bahan api, seringkali yang berlaku ialah tindakan saling salah-menyalah pihak lain.

"Tetapi ini bukanlah cara terbaik untuk menanganinya. Menerusi Konsumerkini, kami sebaliknya dapat menyediakan informasi yang tepat mengenai isu-isu berkaitan kepada penguna,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal tersebut dan Kempen Penggunaan Berhemat oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Utama, Shahrir Abdul Samad di sini hari ini.

Sementara itu, Kempen Penggunaan Berhemat dilancarkan sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) 2008-2012 yang bertemakan “Perubahan Bermula Dengan Saya” bagi melahirkan dan membentuk pemikiran pengguna yang matang. – Bernama
Read More

Penjawat Awam Derma Organ Diberi Cuti 42 Hari

Leave a Comment

Penjawat awam yang menderma organ kepada mereka yang memerlukan akan diberikan cuti tanpa rekod selama 42 hari, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. Beliau berkata demikian menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran. “Kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. “Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan, “ katanya. Ismail berkata, sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan cuti sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital. - Bernama

Read More

Banker Caught Looking At Racy Pics On TV

Leave a Comment
Read More

Permohonan Online Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM/Setaraf & STPM/Setaraf

Leave a Comment
Permohonan ini dibuka bermula daripada 2 Februari 2010 sehingga 31 Mac 2010. Semua yang terlibat bolehlah memohon melalui laman web yang telah disediakan.
Read More

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2010

Leave a Comment
Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2010 kepada negeri-negeri yang terlibat. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan untuk masa yang mendatang & melakukan yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat di negara ini.
Read More