Kerajaan Tetap Laksanakan Cadangan Gaji Minimum

Leave a Comment
Kerajaan akan tetap melaksanakan cadangan gaji minimum walaupun dibantah oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan berusaha meyakinkan MEF mengenai kepentingan pelaksanaan gaji minimum menerusi perbincangan antara kementerian dan persekutuan itu kelak.

"Kementerian berharap agar MEF akan setuju apabila kerajaan membuat keputusan muktamad mengenai pelaksanaan gaji minimum tersebut kerana dasar yang diperkenalkan kerajaan ini adalah untuk jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan peniaga kertas ke-49 di Pusat Konvensyen Genting Highlands di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian memahami tindakan MEF membantah cadangan itu kerana mereka mempunyai pandangan berbeza.

Katanya, ia akan meliputi semua sektor termasuk perusahaan kecil serta sederhana, dan apabila diperkenalkan kelak, semua majikan perlu mematuhi dasar tersebut kerana kerajaan akan bertindak sebagai agensi pemantau. – Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: