JKM Tiada Kuasa Senarai Hitam Pemilik Taska Yang Cuai

Leave a Comment
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang didapati cuai sehingga menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak di bawah jagaan taman asuhan tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid berkata, peruntukan di bawah Seksyen 20A (1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 hanya memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai untuk mengambil tindakan menutup atau menghentikan khidmat pengasuhan kanak-kanak.

Meme berkata, JKM juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilik yang sudah diarah tutup untuk membuka Taska di tempat lain kerana pemberian lesen adalah di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan.

"Oleh itu ibu bapa perlu lebih prihatin dan peka dengan memastikan menghantar anak-anak di Taska berdaftar bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ini memandangkan sejumlah 2,077 Taska di seluruh negara dikesan masih gagal untuk mendaftar tetapi masih mendapat perhatian daripada ibu bapa. – Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: