RM500j Jaga Ratu & Keluarga

Warga Britain membelanjakan RM482 juta setahun bagi melindungi Ratu Elizabeth dan 20 anggota keluarga bangsawan itu. Menurut akhbar negara itu, ketika anggota polis di seluruh negara mengalami pemotongan bajet sebanyak 25 peratus, kira-kira 1,000 pegawai keselamatan digunakan untuk menjaga ahli keluarga diraja sepanjang masa.

Kebanyakan mereka yang dikawal itu dianggap tidak berdepan dengan ancaman khusus atau berpotensi menjadi sasaran pengganas.

Mereka juga dibekalkan senjata api untuk mempertahankan diri jika berdepan bahaya.
Antara anggota keluarga bangsawan yang dikawal ketat adalah anak Putera Edward, sepupu ratu, Puteri Alexandra dan Puteri Michael of Kent.

Minggu lalu, Istana Buckingham menyatakan, pembayar cukai hanya dikenakan £62 (RM299) setahun untuk kos mengawal kediaman dan keluarga diraja negara itu.

Siasatan Sunday Mirror menunjukkan, kenyataan itu tidak memasukkan kos kawalan polis ke atas keluarga terbabit.

Tanpa angka rasmi, sumber berkata, sekurang-kurangnya RM482 juta dibelanjakan untuk mengawal keluarga bangsawan Britain.

Angka itu menjadikan kos mengurus mereka menjadi RM674.9 juta setahun atau setiap penduduk Britain - termasuk kanak-kanak - terpaksa membelanjakan RM10.8 seorang.
Minggu lalu, pegawai kanan antipengganas Scotland Yard, John Yates, menganggap rancangan memotong bajet untuk polis sebagai mengharukan’.

Skuad Kawalan Diraja yang diletak di bawah pasukan Polis Metropolitan London mengandungi 120 anggota.
Pegawai berpangkat sarjan menerima bayaran RM241,089 manakala ketua superintendan dibayar RM385,763.
Satu pertiga daripada mereka menerima bonus dikenali sebagai elaun khas sehingga RM72,331 setahun.
Baki dua pertiga daripada anggota skuad itu adalah pegawai peringkat sokongan serta kakitangan awam dan mereka turut menerima elaun lumayan serta imbuhan untuk kerja lebih masa. - Agensi
Tag : Public
0 Komentar untuk "RM500j Jaga Ratu & Keluarga"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top