Mourinho 'guru disiplin' Galacticos

Leave a Comment
Jose Mourinho menggariskan lima perkara yang perlu diikuti pemain Real Madrid agar mereka sentiasa berada dalam keadaan berdisiplin.Pengurus baru Bernabeu itu begitu bertekad untuk menunjukkan kuasanya di kelab gergasi Sepanyol itu dengan menunjukkan kepada pemain bertaraf bintang seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Iker Casillas dan Xabi Alonso yang beliau menerajui kelab itu secara kuku besi.

Mourinho yang mengemudi Inter menjulang tiga piala musim lalu akan membuatkan mereka yang lambat tiba bagi sesi latihan, berlatih bersendirian manakala pemain yang tidak tiba tepat pada masanya untuk menaiki bas pasukan, akan ditinggalkan.

Bekas pengurus Chelsea itu begitu terdesak untuk membuktikan dirinya di La Liga ketika Real sama terdesak untuk merampas takhta daripada musuh ketat, Barcelona selain menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2002.
Pengendali berasal dari Portugal itu yang berusia 47 tahun berhasrat mengikut lima perkara diterapkan itu dan mana-mana pemain Galacticos yang gagal memenuhinya akan dipinggirkan.

Lima perkara disiplin Jose Mourinho:
> Tiba lewat, berlatih bersendirian Mourinho mahukan latihan bermula tepat jam 9.30 pagi. Beliau tidak akan menerima sebarang alasan lewat. Sesiapa yang tiba lewat walau seminit tidak perlu hadir di padang latihan di di ibu pejabat Valdebebas. Mereka perlu berlatih bersendirian.

> Sentiasa tempat pada waktu Tepat pada masa mesti selalu dihormati ketika bersiap sedia untuk pra perlawanan. Pemain mesti berada di depan hotel untuk bertolak mengikut jadual waktu ditetapkan. Mana-mana pemain tiba lewat akan ditinggalkan.

> Sentiasa bersedia untuk latihan berat 90 minit Mourinho memberitahu pemainnya yang latihan hanya berlangsung 90 minit tetapi corak latihannya amat berat. Tiada tekanan terhadap latihan fizikal dengan kebanyakan sesi dengan bola.

> Pemain yang cedera perlu melaporkan kecederaan sejam sebelum latihan untuk dinilai Pemain yang cedera harus berada di Valdebebas sejam sebelum baki skuad tiba, untuk diperiksa doktor yang kemudian akan memberitahu Mourinho jika pemain itu layak berlatih. Mourinho tidak mahu membuat keputusan pada saat-saat akhir.

> Telefon bimbit mesti sentiasa senyap sepanjang masa

> Pemain boleh menggunakan komputer riba, telefon bimbit dan mendengar muzik menerusi fon telinga tetapi tanpa sebarang suara. - Agensi
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: