Kementerian Luar Diarah Selamatkan Sukarelawan

Leave a Comment
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sudah mengarahkan Kementerian Luar supaya menyelamatkan sukarelawan Malaysia yang berada di dalam kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang Israel semalam.Katanya, memandangkan tidak ada komunikasi dengan pihak yang terbabit, maka Malaysia akan berusaha mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga yang lain. "Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat...tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Seramai 12 rakyat Malaysia, termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal Turki iaitu Mavi Marmara yang diserang Israel. Setakat ini, belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib kesemua rakyat Malaysia di dalam kapal yang diserang dan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh. Menurut laporan agensi berita asing, Israel menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditahan di dalam kapal itu dan akan mengusir 48 yang lain.- Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: