Gerhana Bulan Sabtu ini

Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.Gerhana bulan itu akan bermula jam 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada jam 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa), semalam. Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi. Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Januari lalu. Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di planetarium Negara.-Harian Metro
Tag : Science
0 Komentar untuk "Gerhana Bulan Sabtu ini"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top