USM Cipta Kaedah Kesan Daging Babi

Orang ramai khususnya pengguna Islam kini boleh menghilangkan rasa was-was ketika ingin menikmati daging ayam apabila Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta kaedah untuk membezakannya dengan daging babi.

Menggunakan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose', daging kedua-dua haiwan itu akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Penyelidik USM, Profesor Azhar Mat Easa berkata, proses ujian tersebut amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi.

Menurut beliau, seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan untuk diuji.

"Campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya.
"Menggunakan alat 'spectrophometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi," katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.

Azhar memberitahu, dari segi perbezaan, warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit daripada daging babi.

Beliau menammbah, proses berkenaan hanya memakan masa tidak sampai dua jam. - Utusan
Tag : Public, Science
0 Komentar untuk "USM Cipta Kaedah Kesan Daging Babi"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top