Pesta Gendang Nusantara

Pesta Gendang Nusantara yang disertai 26 pasukan gendang dari dalam dan luar negara akan berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini mulai esok.

Datuk Bandar MBMB Datuk Yusof Jantan berkata acara itu merupakan antara program yang dianjurkan bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-7 MBMB pada 15 April ini.

Orang ramai akan berpeluang melihat kehebatan persembahan muzik dan tarian daripada kumpulan berkenaan membabitkan lebih 1,300 peserta pada pesta selama dua hari itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kumpulan terbabit terdiri daripada tujuh kumpulan tempatan, 11 kumpulan dari Nusantara manakala baki kumpulan adalah antaranya dari Sri Lanka, Filipina, Korea Selatan, Uzbekistan, India dan China, katanya.

Beliau berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dijadual melancarkan sambutan ulang tahun itu malam 14 April.

- Bernama
Tag : Public
0 Komentar untuk "Pesta Gendang Nusantara"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top