Pesta Air Malaysia di Langkawi

Leave a Comment
Pesta Air Malaysia 2010 yang akan diadakan dari 9 hingga 11 April ini di Pantai Chenang, Langkawi, mensasarkan 120,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri, Anuar Abdul Razak berkata, pesta sukan air dan pantai terbesar itu akan mempertandingkan pelbagai acara antaranya lumba perahu naga, lumba sampan, pertandingan kayak dan rakit.

Beliau berkata, selain itu, terdapat juga aktiviti yang bersifat kekeluargaan dan santai seperti sepak raga pantai, bola sepak pantai, bola tampar pantai serta membina istana pasir.

"Penganjuran pesta ini juga bertujuan mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama khususnya pantai Chenang sebagai salah satu ”tourist spot”,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini lebih 4,000 peserta tempatan dan dari Satun, Thailand telah mengesahkan penyertaan dalam pesta sukan air itu.

Anuar berkata sebanyak 30 gerai pameran dan jualan hasil-hasil tempatan termasuk kraftangan, pameran jabatan dan agensi kerajaan turut diadakan. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: