Ibu Bapa Perlu Tegas Terhadap Anak Yang Tiada Lesen Memandu

Leave a Comment
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hari ini menggesa ibu bapa agar bersikap lebih tegas terhadap anak-anak mereka yang gemar memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen.

Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), angka mereka yang berbuat demikian adalah tinggi dan ia membimbangkan.

Statistik Ops Penyamaran oleh JPJ tahun lepas menunjukkan 41 peratus daripada 2,186 pemandu didapati tidak mempunyai lesen dan kebanyakannya berumur antara 16 dan 25 tahun.

"Angka ini tidak boleh diambil sebagai perkara remeh. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka ada lesen untuk memandu sebelum menggalakkan mereka membawa motosikal atau kereta,” katanya kepada pemberita di sini.

Ketiadaan lesen memandu itu katanya, menunjukkan seseorang tidak mempunyai latihan yang cukup daripada segi undang-undang jalan raya.

"Latihan dan pengalaman yang tidak cukup ini akan memudahkan mereka mengalami keadaan panik sekiranya terbabit dalam kemalangan jalan raya dan paling penting, tiada tuntutan kemalangan jalan raya bagi mereka,” katanya. – Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: