Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia (Mecca Royal Clock Tower)

Leave a Comment
KOMPLEKS hotel Mecca Royal Clock Tower dalam pembinaan di tanah suci Makkah.



Sebuah kompleks hotel yang sedang dalam pembinaan di Arab Saudi, akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia, dan memaparkan jam enam kali lebih besar daripada Big Ben di London. Menara Jam Diraja Makkah diperbuat dengan 662 meter struktur konkrit dan puncaknya berukuran 115 meter, yang mempunyai bentuk bulan sabit di atasnya, kata pengurus besarnya, Mohammed al-Arkubi pada sidang akhbar di Dubai semalam. Kedua-dua menara di Makkah itu sedikit ketinggalan berbanding daripada struktur Burj Khalifa di sini, menara tertinggi dunia yang mencapai ketinggian 828 meter. Bahagian konkrit Menara Jam Diraja Makkah itu bagaimanapun lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi dunia, Taipei 101 di Taiwan yang berukuran 508 meter. “Bahagian pertama hotel ini akan dibuka pada penghujung Jun depan, sementara jamnya akan mula beroperasi pada hujung Julai menjelang bulan Ramadan, yang dijangka pada 10 Ogos depan,” kata Mohammed. Jam buatan Jerman itu, yang dikatakan ‘jam terbesar dunia’, berukuran 45 meter lebar dan 43 meter tinggi di semua empat belah menara, katanya. – AFP


Sumber : Berita Harian
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: