Adebayor Bersara Daripada Skuad Togo

Leave a Comment
Penyerang Manchester City dan Togo, Emmanuel Adebayor mengumumkan persaraan daripada skuad negaranya beraksi dalam kejohanan antarabangsa dengan menegaskan "masih dihantui" kebimbangan berikutan serangan ketika Piala Negara Afrika, Januari lalu. Mengumumkannya semalam, Adebayor dilaporkan masih trauma berikutan serangan kumpulan yang menembak bas membawa skuad negara itu yang mengorbankan penolong jurulatih pasukan. Kejadian itu juga membawa kepada tindakan Togo menarik diri daripada kejohanan berkenaan. “Berikutan kejadian yang tragik pada Juari lalu ketika kejohanan Piala Afrika dengan dua warga Togo terbunuh akibat serangan gerila di Angola, saya membuat keputusan yang amat berat untuk bersara daripada aksi bola sepak antarabangsa," kata Adebayor dalam laman web Manchester City. “Saya masih diselubungi ketakutan selepas beberapa bulan serangan itu dan saya masih bimbang kejadian berlaku lagi. Saya menyaksikan saat paling menakutkan pada petang apabila bas membawa pasukan Togo diserang hendap. "Kami hanya pemain bola sepak untuk beraksi mewakili negara kami namun mereka masih mahu membunuh kami. Ia saat yang tidak mudah saya lupakan sepanjang hayat," katanya. Selain penolong jurulatih, pemandu bas berkenaan juga maut, manakala pemain pertahanan, Serge Akakpo dan penjaga gol, Kodjovi Obilale antara mereka yang cedera. - AFP
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: