Telekom Malaysia Meterai Perjanjian Dengan Manchester United

Telekom Malaysia Berhad, semalam, menandatangani perjanjian dengan gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United. Perjanjian lima tahun itu adalah untuk memasar dan menggalakkan aktiviti promosi serta menjadikan TM rakan rasmi Telekomunikasi Bergabung Manchester United di Malaysia. Perjanjian itu ditandatangani di Stadium Old Trafford oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, David A Gill sambil disaksikan pengurus kelab, Sir Alex Ferguson; Naib Presiden Pemasaran Kumpulan TM, Sherene Azura Azli dan Pengarah Komersial Manchester United, Richard Arnold. Perjanjian itu memberi pelbagai hak pelesenan, milik intelektual (IP) dan hak mengeluar, mengedar barangan terpilih yang mempunyai lambang kelab serta gambar pemain.
Sumber : Berita Harian
Tag : Sport
0 Komentar untuk "Telekom Malaysia Meterai Perjanjian Dengan Manchester United"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top