Spesies Dinosaur Baru Ditemui Di Amerika Syarikat

Leave a Comment
Saintis menemui spesies baru dinosaur yang mempunyai saiz badan seperti biri-biri, leher yang panjang dan hidup kira-kira 185 juta tahun lalu dan skeleton yang jarang ditemui bagi spesis itu.Ahli Paleontologi berkata, ia adalah makhluk yang memakan tumbuh-tumbuhan dikenali 'Seitaad ruessi'. Penemuannya membabitkan sebahagian rangkanya dikenal pasti di sekitar batu merah wilayah Navajo, Utah, barat Amerika Syarikat. Katanya, Tulangnya ditemui dibawah batu dan batu jemur di kawasan pedalaman golongan Anasazi purba di kawasan yang dikenali Eagles Nest Menurut jurnal akses terbuka dalam talian Perpustakaan Awam Sains, kajiselidik yang diterbitkan 24 Mac edisi PLoS ONE, Seitaad adalah nenek moyang kepada gergasi berleher panjang, dinosaur berekor panjang seperti Diplodocus, Apatosaurus dan Brachiosaurus yang berada di bumi pada penghujung tempoh jurasik. - AFP
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: