RM60 Juta Untuk Pembangunan ICT

Leave a Comment
Multimedia Development Corporation (MDeC) menyediakan dana berjumlah RM60 juta untuk membantu membangunkan usahawan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh negara, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Halim Ali.

Beliau berkata peruntukan itu diamanahkan oleh Multimedia Super Coridor (MSC) Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat berasaskan ICT dan multimedia bagi merebut peluang untuk bersaing dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi ini.

Tambahnya ketika berucap pada majlis penyerahan sijil Status MSC Malaysia Inkubator kepada ICT Inkubator Sdn Bhd, sebuah jawatankuasa kerja MCS Malaysia peringkat negeri Kelantan telah ditubuhkan pada 11 Mac tahun lepas.

Jawatankuasa ini berperanan merancang serta melaksanakan pelbagai program MSC di negeri ini. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: