Jom Heboh Ke Kelantan

Penduduk negeri ini bakal merasai kemeriahan Jom Heboh kelolaan TV3 selepas kerajaan negeri memberi kebenaran kepada stesen penyiaran itu mengadakan karnival tersebut buat pertama kalinya di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, karnival yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mac ini telah dipersetujui dengan bersyarat termasuk tidak melibatkan penyanyi wanita.
Katanya, ia akan diadakan mengikut garis panduan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 1998.

Jelasnya, konsep karnival berkenaan akan diubah termasuk penambahan beberapa slot aktiviti keagamaan termasuk al-Kuliah yang membabitkan ceramah agama oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Jom Heboh kini bukan sekadar karnival hiburan tetapi ia turut berkonsepkan kekeluargaan dan kesihatan selain penganjuran bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan pada 30 dan 31 Mac ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sumber : Utusan Malaysia
Tag : Public
0 Komentar untuk "Jom Heboh Ke Kelantan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top