KTMB Tawar Diskaun Tiket Semasa Matta Fair 2010

1 comment
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan 25 peratus diskaun untuk pembelian tiket ke semua destinasi antara bandar bersempena Matta Fair 2010 pada 12 hingga 14 Mac ini. Pengurus Pemasaran KTMB, Mohd Noordin Kimi berkata, tiket-tiket itu boleh didapati di gerai pameran KTMB pada hari berkenaan dan sah diperlakukan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembelian. “Kepada pengunjung Matta Fair 2010 yang datang membeli tiket di gerai kami, kami akan memberi potongan tidak kira satu atau dua tiket,” katanya pada sidang media di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam. Antara promosi lain yang ditawarkan adalah diskaun tiket 25 peratus untuk keretapi antara bandar menghala ke stesen Sentral Kuala Lumpur dengan pembelian empat tiket bermula 11 Mac. “Diskaun diberikan jika pembeli membeli tiket secara berkumpulan dengan minimum empat orang di mana-mana stesen KTMB dengan menyatakan kunjungan mereka ke Matta Fair 2010,” katanya. - Bernama.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)