Konsumerkini Portal Berita FOMCA Untuk Pengguna

Leave a Comment
Pengguna di Malaysia kini boleh mendapatkan maklumat tentang pelbagai isu berkaitan kepenggunaan menerusi portal berita Konsumerkini yang dilancarkan hari ini.
Portal ini boleh dilayari di www.konsumerkini.net.my merupakan hasil inisiatif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang memberi maklumat yang benar dan tepat mengenai isu-isu kepenggunaan kepada orang ramai.

Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason berkata, portal berita itu merupakan langkah bagi memudahkan semua pihak untuk berhadapan dan memahami sesuatu isu dengan bijak dan rasional.

"Apabila berhadapan dengan isu seperti misalnya kenaikan harga makanan dan bahan api, seringkali yang berlaku ialah tindakan saling salah-menyalah pihak lain.

"Tetapi ini bukanlah cara terbaik untuk menanganinya. Menerusi Konsumerkini, kami sebaliknya dapat menyediakan informasi yang tepat mengenai isu-isu berkaitan kepada penguna,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal tersebut dan Kempen Penggunaan Berhemat oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Utama, Shahrir Abdul Samad di sini hari ini.

Sementara itu, Kempen Penggunaan Berhemat dilancarkan sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) 2008-2012 yang bertemakan “Perubahan Bermula Dengan Saya” bagi melahirkan dan membentuk pemikiran pengguna yang matang. – Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: