Sultan Kedah Diisytihar Pemangku Yang di-Pertuan Agong

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Sultan Kedah, hari ini diisytihar sebagai pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Watikah perisytiharan itu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu istiadat di Istana Darul Aman, Jalan Kedah, Bukit Persekutuan di sini.

Baginda kemudiannya menandatangani watikah perisytiharan bagi menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong selama sebulan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menjalani rawatan fisioterapi selama 21 hari di Medical Park, St.Hubertus, Bad Wiessee, Jerman.

Sultan Abdul Halim, yang ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959, adalah Yang di-Pertuan Agong kelima dari 20 September 1970 sehingga 20 September 1975. – Bernama
Tag : Public
0 Komentar untuk "Sultan Kedah Diisytihar Pemangku Yang di-Pertuan Agong"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top