Sudut Membaca 1Malaysia Di Perhentian Bas

Leave a Comment
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bercadang memperluaskan lagi kempen ”Program Membaca 1Malaysia: Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” dengan menyediakan sudut bacaan di beberapa perhentian bas tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar.

Beliau berkata, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan pihak pengurusan perhentian bas terpilih di sekitar Lembah Klang bagi melaksanakan rancangan itu di samping mengadakan tinjauan bagi memastikan lokasi yang sesuai untuk diletakkan sudut bacaan.

"Sudut bacaan ini kita akan letak di perhentian-perhentian bas sejak sudut bacaan yang kita lancarkan di gerabak-gerabak kereta api pada 7 Dis. lepas mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para penumpang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan buku kepada PNM oleh GB Explorer Sdn Bhd dan Gemilang Publishing untuk ”Program Membaca 1Malaysia: Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” di sini hari ini. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: