Kepulangan Beremosi David Beckham Ke Old Trafford

Leave a Comment
Pemain veteran England, David Beckham gembira pulang ke Milan dan tidak sabar untuk menunjukkan kebolehan beliau ketika menentang bekas kelab yang pernah menjulang namanya, Manchester United pada perlawanan Liga Juara-juara Eropah. "Saya gembira berada di sini...seronok kerana dapat kembali ke ini. Pengalaman dengan kelab ini untuk tempoh enam bulan adalah istimewa. Ia adalah antara enam bulan terbai dalam karier saya dan merindui berada di Milan," katanya pada sidang media ketika membuat persediaan untuk memulakan tempoh pinjaman kedua bersama ACMilan selepas menamatkan musimnya di Los Angeles Galaxy. Mengulas kepulangannya ke Old Trafford bagi perlawanan Liga Juara-juara Eropah dalam pusingan seterusnya, Februari 2010, Bekham berkata, beliau tidak pernah kembali ke Manchester sebagai pemain untuk tempoh tujuh tahun dan menyifatkan ia adalah sesuatu yang sukar dipercayai serta malam yang penuh dengan emosi. Bagaimanapun, beliau berkata, apabila berada di padang, emosinya tidak akan mengganggunya. "Ia adalah tugas saya. Kami mahu menang perlawanan itu," katanya. - AFP
Read More

Gus Dur Meninggal Dunia

Leave a Comment
Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.
Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.
"Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik detikcom. - Utusan
Read More

Tidak Merokok Mungkin Prasyarat Mohon Bantuan Kerajaan

Leave a Comment
Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutamanya belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga rokok sudah beberapa kali dinaikkan.

"Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, kita kata anda tidak layak terima apa-apa bantuan. Rokok mampu beli, kenapa lain tak mampu beli,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama
Read More

American Idol Bermula Januari 2010

Leave a Comment
Rancangan realiti televisyen paling diminati, American Idol akan kembali menemui penonton pada bulan depan bermula dengan episod uji bakat selama empat jam di Boston dan Atlanta yang akan ditayangkan selama dua malam berturut-turut.

Menurut rangkaian Fox, episod uji bakat di Boston akan disiarkan pada 12 Januari ini, diikuti uji bakat di Atlanta sehari kemudian.

Fox berkata, uji bakat bagi rancangan realiti nyanyian itu akan turut diadakan di Chicago, Orlando, Dallas, Los Angeles dan Denver.

Musim terbaru American Idol kali ini bakal menampilkan satu perubahan besar apabila penyanyi Paula Abdul, yang sebelum ini bertindak sebagai panel juri akan digantikan dengan aktres dan pelawak Amerika, Ellen DeGeneres.

DeGeneres akan menyertai rancangan tersebut pada Februari ini selepas pemilihan peserta bagi pusingan awal tamat.

Para juri yang bakal mengikuti proses uji bakat termasuklah bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham; Mary J. Blige, Kristin Chenoweth, Neil Patrick Harris, Joe Jonas, Avril Lavigne, Katy Perry dan Shania Twain.

Paula awal tahun ini telah mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan rancangan tersebut berikutan masalah kontrak, sementara seorang lagi juri, Simon Cowell membuat keputusan untuk berhenti daripada rancangan pencarian bakat paling popular televisyen itu apabila kontraknya tamat pada tahun 2010.

Fox berkata, seramai 12 peserta lelaki dan 12 peserta wanita yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir akan diumumkan pada 17 Februari ini dengan pengundian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dimulakan pada 23 Februari. - AP
Read More

PMR: 28,188 Pelajar peroleh Semua A

Leave a Comment
Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lalu. Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Beliau berkata, calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya. "Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lalu," katanya. - Bernama
Read More

Putera William Tidur Di Jalanan

Leave a Comment
Putera William meluangkan masa selama semalaman untuk tidur di jalanan dengan cuaca yang sangat sejuk di bandar raya ini bagi menarik perhatian tentang keperitan yang dialami golongan yang tidak mempunyai rumah.

William yang merupakan pewaris kedua takhta selepas ayahnya, Putera Charles hanya tidur beralas kotak di lorong berhampiran River Thames pada suhu negatif empat darjah Celsius minggu lalu.

“Beliau melakukannya tanpa sebarang perlindungan daripada kesejukan dan daripada golongan penagih dadah, bapa-bapa ayam dan samseng jalanan,” kata ketua eksekutif rumah kebajikan Centrepoint, Seyi Obakin yang menemani William.
Menurut Obakin, putera ini `berazam’ untuk memahami kesemua masalah yang dihadapi oleh golongan ini. – AFF
Read More

Nenek Bina Empayar Dadah

Leave a Comment
Polis Mumbai menahan nenek berusia 70 tahun yang terbabit dalam penjualan dadah bernilai jutaan ringgit bagi menyara keluarga setelah kematian suaminya lebih sedekad lalu.

Penyiasat Narkotik mendapati wanita itu menjadikan penjualan dadah secara kecil-kecilan suaminya kepada sebuah empayar dalam tempoh sedekad lepas setelah suami wanita itu meninggal dunia kerana sakit, lapor akhbar DNA berpangkalan di Mumbai.
"Dia telah mengaku bahawa dia memperoleh bahan larangan itu daripada pembekal dadah yang beroperasi di negeri jiran.

"Dia akan pergi ke pelbagai bahagian di negeri ini untuk mendapatkan hubungan dengan mereka yang terlibat dalam penjualan dadah, dan menjadikan mereka pembekalnya,” keta Insp polis Mrityunjay Hiremath dari Bandra Anti Narcotics Cell (ANC) kepada media.

Ahad lepas, polis menahan warga emas itu bersama 40 kilogram ganja bernilai hampir RM75,000, yang disembunyikan di kuil Durga yang dibinanya di bandar Kurla, sebuah bandar di pinggir Mumbai. - Bernama
Read More

Denggi Di Sarawak

Leave a Comment
Kes demam denggi di negeri ini meningkat dua kali ganda dengan lima kematian dilaporkan sepanjang tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam hari ini.

Beliau berkata setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri telah pun menerima kira-kira 6,000 laporan kes denggi di seluruh Sarawak dan jumlah tersebut meningkat secara mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Jumlah kes yang diterima sepanjang tahun lepas ialah 3,000 kes.
"Kes denggi di Sarawak memang serius, saya tidak dapat nafikan dan beberapa langkah pencegahan telah pun diambil termasuk membuat semburan kabus ke tempat-tempat yang mencatatkan kes tinggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata faktor hujan ketika musim tengkujuh dipercayai punca kes demam denggi merebak di negeri ini.

Dr Chan berkata beliau akan mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung kes denggi untuk membolehkan langkah pencegahan awal dapat dilakukan selepas ini. - Bernama
Read More

Letusan Gempa Bumi di Malawi

Leave a Comment
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 300 lagi cedera dalam letusan gempa bumi yang berlaku di Malawi, kata para pegawai kerajaan.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter yang meletus di tenggara negara Afrika itu berlaku kira-kira pukul 1.19 pagi ini.
Pesuruhjaya daerah Karonga, Gasten Macheka berkata, letusan itu telah memusnahkan beberapa buah bangunan termasuk sekolah.
Menurutnya, salah sebuah sekolah kerajaan turut musnah dan mencederakan para pelajar yang sedang tidur ketika kejadian.
Macheka berkata, sekurang-kurangnya 270,000 orang lari meninggalkan rumah kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Daerah Karonga yang terletak di utara Malawi telah di landa beberapa kejadian gempa bumi dan yang terbaru ialah pada awal bulan ini. - AP
Read More

Permohonan ke IPTA Secara Talian Sesi Akademik 2010/2011

Leave a Comment
Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.
Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 Nov lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Dis ini.Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Feb 2010 mulai pukul 12 tengahari sehingga 30 Mac 2010.
Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.
Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti ko-kurikulum yang disertai.-Bernama
Read More

Champions League Last 16 Draw

Leave a Comment
VfB Stuttgart vs Barcelona
Olympiacos vs Bordeaux
Inter vs Chelsea
Bayern Munich vs Fiorentina
CSKA Moscow vs Sevilla
Lyon vs Real Madrid
Porto vs Arsenal
Milan vs Man Utd
Read More

Keputusan PMR Diumumkan 24 Disember

Leave a Comment
Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada hari berkenaan, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan masing-masing menerusi pos.
Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. - Bernama
Read More

Sotong Kurita Kumpul Kelapa

Leave a Comment

Gambar yang diterbitkan oleh Muzium Victoria Australia menunjukkan seekor sotong kurita mengumpul tempurung kelapa di lautan Indonesia . - AP
Read More

Gunung Berapi Mayon Mengalirkan Lahar

Leave a Comment

Gunung berapi Mayon, salah satu gunung berapi paling aktif di Legazpi, wilayah Albay, Filipina mengalirkan lahar hari ini. Seramai 9,000 keluarga telah dipindahkan selepas aktiviti gunung berapi itu meningkat. - AFP
Read More

Pensyarah & Suri Rumah Berkhatan

3 comments
Berkhatan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak sebagai memasuki alam dewasa tetapi lain pula ceritanya di Kampung Pontian Jaya di sini hari ini.

Di majlis tersebut, seorang pensyarah dan suri rumah antara yang terlibat menjayakan majlis khatan beramai-ramai anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Menurut Pegawai Agama Islam Daerah Rompin, Adnan Mohamad, selain 15 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan, majlis tersebut turut melibatkan empat orang dewasa iaitu masing-masing dua lelaki dan perempuan. - Utusan
Read More

Agihan Pendapatan ASB 7.30 Sen Seunit

Leave a Comment
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan agihan pendapatan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pendapatan itu tetap meningkat dan akan memastikan pembayaran dividen berterusan kepada pemegang unit ASB. “Rizab kukuh dapat membantu dana kekal teguh selain membantu meningkatkan kemampuan tabung ASB mengagihkan pendapatan berterusan pada tahun-tahun akan datang,” katanya pada sidang media sempena pengumuman agihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur, semalam. Hamad Kama Piah berkata, melalui rizab dana, kapasitinya adalah lebih 11 sen seunit, namun PNB hanya membayar 7.30 sen seunit pada 2009 dan membawa ke hadapan baki 3.70 sen tahun depan. “Ini adalah dana jangka panjang dan kami mahu memastikan wang itu boleh digunakan untuk membeli lebih banyak saham dan membuat lebih banyak pelaburan,” katanya. Agihan pendapatan ASB membabitkan pembayaran RM4.95 bilion oleh ASNB, meningkat 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion pada 2008. Sementara itu, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pula berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan seramai 6.78 juta pemegang unit yang kini melanggan 70 bilion unit ASB. Beliau berkata, sehingga 10 Disember, ASB memperolehi pendapatan kasar RM5.46 bilion, meningkat 3.4 peratus berbanding RM5.28 bilion pada 2008. “Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan pula menyumbang RM1.48 bilion atau 27 peratus daripada pendapatan kasar tersebut, manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM3.67 bilion atau 67 peratus,” katanya. Bagi pendapatan selebihnya berjumlah RM309 juta atau enam peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek termasuk pelaburan lain. ASB adalah Tabung Ekuiti Pendapatan yang disasarkan kepada bumiputera berumur 12 tahun ke atas dan objektifnya adalah menjana pulangan jangka panjang kompetitif dan konsisten serta pengekalan modal pada tahap risiko munasabah.
-Sinar Harian
Read More

Trulli, Kovalainen, Fairuz Pemandu 1MF1T-Lotus

Leave a Comment
Pelumba kelahiran Itali, Jarno Trulli diumumkan sebagai pemandu pertama Formula Satu 1Malaysia-Lotus (1MF1T-Lotus) manakala pemandu kelahiran Finland, Heikki Kovalainen pula dipilih sebagai pemandu kedua.
Sementara itu, Fairuz Fauzy pula diumumkan sebagai pemandu ketiga.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Utusan
Read More

Bola Sepak Malaysia vs Laos Mungkin Disiar Secara Langsung

Leave a Comment
Usaha sedang dilakukan bagi membolehkan penyokong dan peminat bola sepak Malaysia menyaksikan secara langsung perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia menentang tuan rumah, Laos esok, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Beliau berkata kementeriannya melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah berbincang dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengadakan siaran langsung itu. "Sukan bola sepak adalah sukan utama di negara kita... oleh itu pasti ramai yang mahu menyaksikan perlawanan itu secara langsung menerusi televisyen," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Skuad negara kendalian K Rajagobal mara ke separuh akhir untuk bertemu Laos, esok selepas menewaskan juara lapan kali berturut-turut, Thailand 2-1 dalam aksi terakhir saingan Kumpulan A pada Jumaat lalu. Beliau berkata, siaran langsung itu akan memberikan galakan kepada semua pemain kerana pasukan yang akan mereka berdepan ialah pasukan tuan rumah yang sudah tentu mempunyai kelebihan dari segi tempat dan sokongan padu penyokong. - Bernama
Read More

Tiger Woods Quits Golf

Leave a Comment
Tiger Woods is to take an “indefinite break” from professional golf, he announced late last night, capping a tumultuous fortnight.

The troubled golfer said he was taking a “hiatus” from the sport so that he could “focus ... on being a better husband, father, and person”.

In a statement on his personal website, Woods, 33, said that he was profoundly sorry for the disappointment and hurt that he had caused his family. “It may not be possible to repair the damage I’ve done but I want to do my best to try,” he said.

The father of two continued: “After much soul-searching, I have decided to take an indefinite break from professional golf.”

source : www.timesonline.co.uk


Read More

Malaysia Atasi Thailand 2-1 Ke Separuh Akhir (Sukan SEA)

Leave a Comment
Malaysia layak ke separuh akhir bola sepak lelaki selepas menewaskan Thailand 2-1 pada peringkat Kumpulan A Sukan Sea Laos sebentar tadi.
Read More

Pukauan Warga Arab

1 comment
Seorang pemborong barangan kemas dari Kuala Lumpur kerugian hampir RM1 juta apabila barangan kemas yang ditinggalkan di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini dirompak sekumpulan lima orang dipercayai warga Arab hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang, selepas mangsa meninggalkan tiga beg berisi barangan kemas dalam peti besi di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Payang. – Utusan
Read More

Penipuan Melalui Portal JobMalaysia Dikesan

Leave a Comment
Kementerian Sumber Manusia mengesan tindakan pihak tertentu yang menggunakan portal JobsMalaysia.gov.my untuk melakukan penipuan dengan meletakkan syarat pembayaran bagi kekosongan jawatan di jabatan kerajaan dan sektor swasta.

Timbalan menterinya Datuk Maznah Mazlan berkata kebanyakan kekosongan yang ditawarkan itu menggunakan nama agensi kerajaan bagi tujuan menyakinkan pencari kerja yang lebih berminat untuk bekerja di sektor awam.

Katanya kes penipuan itu dikesan berlaku di negeri ini dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah menerima 102 aduan daripada pencari kerja sejak Oktober tahun lepas.
"Seramai 10 orang telah tertipu membayar RM500 seorang bagi urusan permohonan mendapatkan pekerjaan yang diiklankan oleh pihak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian letupan alat pendandang di sebuah kilang di sini hari ini.
Pada kejadian Jumaat lepas itu, dua pekerja di kilang tersebut maut akibat letupan alat pendandang itu. - Bernama
Read More

Undian Kumpulan Piala Dunia 2010

Leave a Comment
Kumpulan A = Afrika Selatan Mexico Uruguay Perancis
Kumpulan B = Argentina Nigeria Korea Selatan Greece
Kumpulan C = England Amerika Syarikat Algeria Slovenia
Kumpulan D = Jerman Australia Serbia Ghana
Kumpulan E = Belanda Denmark Jepun Cameroon
Kumpulan F = Itali Paraguay New Zealand Slovakia
Kumpulan G = Brazil Korea Utara Ivory Coast Portugal
Kumpulan H = Sepanyol Switzerland Honduras Chile
Read More

Selamat Hari Lahir Abah Yang Ke - 49

Leave a Comment
Selamat hari lahir abahku yang ke -49. Semoga panjang umur & murah rezeki selalu. Kami semua anak-anak abah sangat sayangkan abah begitu juga dengan mak.
Read More

Penjualan Peket Rokok Kurang 20 batang Dilarang Mulai 1 Jun Tahun 2010

Leave a Comment
Penjualan peket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok peket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.

"Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan pengilangan dan penjualan peket rokok kurang dari 20 batang rokok mulai 1 Jun 2010,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama
Read More